2 July 2011

bersih????ad kaitan dengan baju bersih????


Sejak kebelakangan ini,buka jer suratkhabar,mesti tajuk mengenai perhimpunan "BERSIH".Apakah semua ini?.Apakah objektif sebenar BERSIH ini.?
Kalau di rumuskan apa yang di paparkan dan diberitakan oleh media cetak mahupun media massa.Mungkin Objektif sebenar perhimpunan BERSIH ini adalah satu tuntutan terhadap sebuah sistem pilihanraya yang bersih, adil juga tulus.
Apa itu bersih?
Bersih ialah satu keadaan yang tidak kotor kalau diikutkan dari segi makna. Maksud BERSIH ialah satu organisai yang ditubuhkan oleh pelbagai NGO (Badan2 Bukan Berkanun) dan parti politik Malaysia.
Perhimpunan Bersih 2011 atau 'BERSIH 2.0' dirancang akan diadakan pada hari Sabtu, 9 Julai 2011. Pengerusi penganjurnya ialah Datuk Ambiga Sreenevasan . Perhimpunan Bersih sebelum ini telah diadakan pada 2007 dengan matlamat untuk membersihkan perjalanan pilihan raya di Malaysia.

Lokasi utama ialah di Masjid Kampung Baru ,Sogo dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur di Dataran Merdeka . Rakyat Malaysia di lokasi lain termasuk di Australia akan menyertainya.


Pelancaran rasmi BERSIH 2.0 telah diadakan pada 19 Jun 2011 di Dewan Perhimpunan Cina Selangor di Jalan Maharaja Lela, Kuala Lumpur. Turut hadir ialah Hishamuddin Rais, Nurul Izzah Anwar, CikguBard, Arul, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan lain-lain.

Datuk Ambiga Sreenevasan menjelaskan bahawa matlamat utama Bersih 2.0 ialah agar Suruhanjaya Pilihan Raya memastikan senarai pengundi yang benar-benar bersih. Penggunaan dakwat hitam yang lebih dipercayai . Tiada sebarang unsur rasuah atau janji semasa pilihan raya . SPR hendaklah memastikan perjalanan kempen pilihan raya tidak kurang 21 hari agar semua dapat berkempen dengan sempurna dan menepati sasaran pengundi . Mereka juga menuntut pembangkang diberi kesempatan menggunakan media cetak dan elektronik yang lebih adil. Rakyat Malaysia di luar negara hendaklah dibenarkan mengundi melalui undi pos.Matlamat ini telah dicetak pada baju T berwarna kuning yang perlu dipakai oleh semua peserta perhimpunan.

Menurut maklumat yang didakwa oleh akhbar rasmi PAS iaitu Harakah, menerusi edisi Jumaat 1651. Satu undian umum telah dilaksanakan oleh akhbar berbahasa Inggeris Malaysia iaitu The Star (Malaysia) menerusi perkhidmatan dalam taliannya iaitu The Star Online, mengenai pandangan umum tentang pelaksanaan Perhimpunan Bersih 2.0 (2011) yang dijangka dibuat secara besar-besaran pada 9 Julai 2011. Suatu keputusan mengejut telah dikeluarkan menerusi portal rasmi akhbar tersebut. Selain dari akhbar Harakah, portal rasmi Malaysiakini juga turut memaparkan dakwaan yang sama.

Soalan undian adalah dalam bahasa Inggeris seperti ini, "What is your view on the proposed Bersih 2.0 rally in July 9?" yang bermaksud "Apakah pandangan anda berkenaan pelaksanaan himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai ini?"

Keputusan yang dapat diambil sehingga 21 Jun lalu menunjukkan 99% pengundi yang terdiri dari 1,312,917 pengundi mengatakan himpunan patut diteruskan. Manakala 1% pengundi pula yang terdiri dari 14,222 pengundi mengatakan himpunan perlu dibatalkan. Perkara ini dilihat sebagai tamparan hebat kepada usaha kerajaan Malaysia untuk menyekat majlis himpunan besar-besaran ini dari diadakan khususnya di sekitar Kuala Lumpur.

Dakwaan akhbar Harakah juga menunjukkan sehingga jam 12.25 pm pada 21 Jun 2011, jumlah undian meningkat sehingga 1.3 juta pengundi jika dibandingkan sehingga jam 6.11 pagi pada tarikh yang sama hanya sekadar 527,330 orang responden. Undian ditutup serta-merta oleh pihak The Star Online pada 21 Jun 2011.


Pelbagai reaksi negatif daripada pelbagai pihak terutama dari Perkasa dan Pergerakan Pemuda UMNO. Perkasa yang dipimpin Datuk Ibrahim Ali mengadakan perhimpunan awal di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur . Mereka menamainya sebagai Gerak Aman. 1278 laporan polis telah dibuat di seluruh negara bagi membantah perhimpunan Bersih 2.0.

Datuk Ibrahim Ali menyatakan bahawa setiap negeri akan menghantar 20 buah bas ke Kuala Lumpur untuk menyertai perhimpunan membantah BERSIH 2.0 ini. Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, Perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara. Beliau sendiri akan bermalam di Jalan Bellamy, Kuala Lumpur.

Pada 19 Jun , pelbagai risalah diedarkan dan kain rentang yang turut memaparkan gambar Ambiga dan tertulis "Awas!!! Ambiga Wanita Hindu yang Merbahaya". Majoriti orang Cina yang banyak terlibat dengan perniagaan diingatkan supaya tidak menyertai perhimpunan ini . Sebaliknya mereka hendaklah berkira-kira untuk menyimpan bekalan makanan.

Pemuda UMNO diketuai oleh Khairy Jamaludin akan turut mengadakan perhimpunan yang sama pada hari tersebut. Pemuda UMNO akan menganjurkan Himpunan Patriot bagi menentang Himpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai itu. Himpunan Patriot ini mewakili 'majoriti senyap' yang tidak ada medium pada 2007. Mereka diketuai oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dan Datuk Seri Reezal Merican Bin Naina Merican

tindakan kerajaan:
  1. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar menyatakan semua penganjur akan dipanggil untuk memberi keterangan di Balai Polis Bukit Aman.
  2. Pada 25 Jun 2011, beberapa pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Pemuda PAS ditangkap kerana mempromosikan perhimpunan haram yang dijadualkan pada 9 Julai. Sebaliknya Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei mendakwa bahawa mereka ditahan hanya kerana berpakaian kemeja-T berwarna kuning Bersih 2.0 di Shah Alam dan Klang. Timbalan Ketua AMK Khairul Anuar Ahmad Zainudin digari polis Selangor kerana AMK mengenakan kemeja-T Bersih 2.0 di program Jelajah Himpunan Bersih 2.0 di Shah Alam. Bekas presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud yang sepatutnya memberi ucapan, tidak muncul-muncul. Tujuh lagi ditahan di Kluang, Johor. Ketua Penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shafiei secara menyindir menyatakan baju T itu setaraf dengan heroin dan kokain.
  3. Pada 26 Jun 2011, seramai 30 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk pemimpinnya Michael Jayakumar Devaraj ditahan reman dan dihadapkan ke mahkamah di Georgetown , Pulau Pinang. Mereka didakwa di bawah Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana jenayah memerangi Yang di-Pertuan Agong dan menghidupkan fahaman komunis. Mereka ditahan di plaza Tol Sungai Dua semasa menuju ke majlis di Pulau Pinang. 14 wanita dan 17 lelaki itu ditahan di Balai Polis Seberang Perai Utara.Polis menemui risalah dan kemeja-T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah yang merupakan pengasas Parti Komunis Malaya PKM. Mereka memakai baju T berwarna kelabu tertera gambar dacing digunting serta tulisan 'Sudahla..Bersaralah' manakala terdapat kain rentang tertulis 'Cukup 54 tahun. Bersaralah' digantung pada cermin bas. Pelampau Al Maunah pernah ditahan menggunakan seksyen ini kerana kes rampasan senjata.
  4. Pada 26 Jun 2011, Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyatakan kemungkinan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan kerahan tentera jika situasi perhimpunan Bersih tidak terkawal.  Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menyatakan ATM akan bekerjasama jika PDRM meminta bantuan melalui prosedur yang ditetapkan. ATM sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan di kawasan bandar sungguhpun kawasan itu di bawah bidang kuasa PDRM.

 

kesimpulannye....jauhi la perhimpunan tersebot...jga la keamanan, kemakmuran n keselamatan negara...
jgn biarkan diri kita terlibat dalam benda2 y tidak sihat...kerna kita merupakan 1 malaysia.Sekadar ingin berkongsi,dan tidak menyokong mana-mana perhimpunan.apa yang pasti BERSIH kan dulu diri dan hati kita sebelum kita mem-BERSIH-kan orang.hehe..Peace!!!

No comments:

Post a Comment