2 July 2011

melatah~?


baru2 ney aq tgok kisah y d tayangkan k tV rangcngan 360..kt tb 3...tentang melatah...
kcian sagt aq tgok orng2 y mpunyai pnykit melatah ney...aq pown adla kwn2 y mempnyai penykit2 spt ney..kekadng..aq trasa cm xpatot diorg wt cm 2..kt mereka y mmpunyai pnykt spti ney...
klau la diorng taw btapa seksany...bila meltah...
penat y teramat sgt...
wlapown kekdang bila ngsn melath diorang y ad kt sekeling akan berasa terhibur...
ttpi pd hakikatny...ia bgsikan sesua2 benda y memalukan
korang nk tauw npew aq ckp cm 2...
cz bila da melatah diorang xkn perasan ngan setiap pkataan n maksodnyer..
cmpai ad y melatah sambil melepaskan n megeluarkan pelbgai2 jeis perkataan
kekdang mmpunyai unsur2 lucah...
kecian sgt2....
npew penykit melatah semkin mjd2 n menyerang golongn asia tenggra...??
mesti korang pelik kan npew kenbnyknya menyerang golongan melayu shj...??
knpa...??????
adkah bdya melatah merupkan 1 sindrom penykit tok golongn melyu??
MASYARAKAT kita terutama kaum Melayu sememangnya
cukup sinonim dengan melatah terutama golongan berumur.
tidak mengira lelaki, perempuan,tua,muda lanak2 mahupun remaja.....
seperti y kita suma tahu...
MELATAH
Menghibur dan mencuit hati....sesiapa shja...
 Mungkin itulah gambaran paling tepat bagi menggambarkan gelagat mereka yang melatah ini...
Jika kita perhatikan, apabila seseorang melatah, dia seolah-olah
 hilang pertimbangan dan lupa seketika perbuatan yang dilakukan.
Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka yang melatah malah latah mereka berpanjangan jika terus diusik.
seperti y kita sumew tahu penyakit melatah ini amat di gemari oleh setiap lapisan msyarakat..
ini adalah kerana..
dengan melatah mereka juga dpat mengurangkan semua masalah n tekanan kerja y di hadapi...
seperti yang kita suma ketahui....
Selain golongan yang sudah berusia dan dianggap nyanyuk, latah juga sering dikaitkan dengan wanita berusia. Hinggakan, sesuatu majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini.
Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs,
menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita.
Bagaimanapun,
 bukan wanita saja yang dikaitkan dengan melatah,
lelaki juga apa kurangnya.
 Ada juga lelaki yang melatah dan kalau korang nk tahu....
 kadang kala latah mereka lebih teruk daripada wanita.
 Datin Norjuma Habib Mohamed berkesempatan menemubual penyanyi, pengacara dan pelakon, Roslan Shah, yang kuat melatah. Menyingkap kisah bermulanya dia melatah, menurut Roslan, dia melatah sejak tiga tahun dulu. Mungkin disebabkan gemar mengusik dan mengajuk orang melatah lama-kelamaan, dia turut `berjangkit’. Dia turut mengakui, kakak dan arwah neneknya turut melatah dan mungkin ia `menurun’ kepadanya.
Roslan menyangkal pendapat sesetengah pihak yang berkata dia sengaja melatah atau buat-buat latah.
“Saya tidak nafikan ada sesetengah orang sengaja melatah mungkin untuk mendapat perhatian atau menunjuk-nunjuk tetapi jika boleh memang saya tidak mahu melatah, meletihkan!” akui Roslan.
Pernah suatu ketika dia sedang makan di sebuah restoran, seekor kucing menggesel pada kakinya dan disebabkan terlampau terperanjat menyebabkan dia `bersilat’ hinggakan meja dan pinggan mangkuk bertaburan.
Hatta, terpaksalah dia membayar ganti rugi kepada pemilik restoran.
“Bayar satu hal dan malunya bukan kepalang kerana semua orang tertumpu kepada saya,” kata Roslan mengimbau kisah lalu.
Roslan berkata, dia akan melatah jika orang menyergah atau mencuit pinggangnya. Namun, ada kala dia tidak melatah jika dia bersedia dan berhati-hati ketika bersama orang keliling. Apa yang paling merisaukannya apabila melatah, dia akan menyebut perkataan yang tidak senonoh dan ini turut menjatuhkan maruahnya.
“Kalau saya melatah, kaki tangan semua naik, sesiapa yang berdekatan, nahaslah! Hendak marah pun tidak boleh sebab yang mengusik pun kawan-kawan tetapi pernah saya mengacarakan sebuah majlis, tiba-tiba seorang tetamu kononnya hendak mengusik akibatnya kepala dia saya ketuk dengan mikrofon! Hah, rasakan!” katanya.
Tidak dinafikan, kala bercerita mengenai latah, pelbagai
 cerita latah yang kita boleh dengar. Ada yang boleh menyebabkan
periuk belanga terbang melayang, ada yang bercakap mengarut,
ada yang bersilat, menari dan bermacam lagi.
Namun, apakah yang menyebabkan mereka ini melatah?
Pakar mempercayai latah adalah satu kebiasaan
yang tiada kaitan dengan penyakit tetapi ia dipercayai berkait
rapat dengan fungsi sistem saraf pusat, psikologi dan sosial.
Malah, ia dipercayai terikat dengan sistem budaya sesuatu masyarakat.
selain itu, ad y berkata penyakit melatah ini bkan shja drpda ejekan,
keturunan, tetapi mgkin d sebabkan penyakit..
ataupun mempunyai benda dalam tubuh badan mereka...
betulkah...di sebbkan e2??
siapa tahu akan kebenarannyerr..
kata Roslan, jangan merangsang orang yang melatah seperti
tercucuk pada mana-mana bahagian anggota tubuhnya hingga mereka terkejut.
 Walau pun dengan melatah boleh menceriakan suasana tetapi ia turut memberi kesan kepada si latah tadi. Selain penat dan perlakuan mereka tanpa sedar, mereka juga menjadi bahan ketawa yang kadang kala memualkan diri mereka sendiri.



kesimpulannya...

Jangan suka cucuk orang yang yang melatah,
 korang kena ingat tak baik, nanti ia mengajar budak-budak untuk buat macam nie. sesiapa yang  suka usik-mengusik macam nie, nanti anda juga akan terkena juga. Jadi beringatlah!
bak kata orang y berilmu...
Orang yang makin banyak ilmunya, sikapnya tenang.
Dia tahu banyak sudut, banyak pendapat, banyak dalil, banyak ihtimal
 (kebarangkalian) dan macam-macam. Sebab itu dia tidak cepat melatah dan ingkar orang lain.
Berbeza halnya dengan orang yang kurang ilmunya.
 Dia tidak tahu banyak sudut. Sebab itu dia merasa dia sahaja yang betul.
Semakin banyak ilmu seseorang, semakin kurang latah dan ingkarnya. Semoga kita tidak tergolong dalam orang yang cepat melatah.....

No comments:

Post a Comment