9 September 2011

AWAS!!! JANGAN MENGHADAP KOMPUTER LEBIH DARI 5JAM

Sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menhgadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka  mati lebih awal. Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti terkumpul berkaitan dengan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.

Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.

Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama  dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis.


Persismu permata berlian menjadi rebutan pejuang keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang Keayuan yang terpancar disinar cahaya iman itulah muslimah harapan muslimah harapan... Gerak langkahnya yang sopan disulam zikir di ingatan keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan Jasad hayatnya diserahkan untuk sebuah perjuangan itulah muslimah harapan Muslimah puteri harapan dikaulah harapan membela Islam yang mulia muslimah puteri harapan dikaulah cahaya menjadi lambang Islam yang gemilang... Puteri harapan serikandi Islam tetaplah kau dalam perjuangan menjadi sayap kiri di medan meneguhkan benteng pertahanan Islam Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu kau sematkan kecintaan yang mendalam terhadap Tuhanmu...jaga untuk suami tersayang kau didik generasi mendatang untuk agama tercinta.....
APA ITU CINTA
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan


Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki


Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

! mya ♥

143~

  • apa itu cinta


    Cinta Itu Hidup

    Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur. Cinta itu punya deria dan perasaan. Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta. Cinta ada segala-galanya. Sayang, benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.
    Cinta Itu Suci

    Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci. Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta. Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir. Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.
    Cinta Itu Mempesona

    Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan. Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih. Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih. Dia senyum pada anda dan merapati anda. Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa. Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta. Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.
    Apakah itu Bukti Cinta?

    Cinta perlukan bukti. Ramai orang percaya bahawa bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

    Sebenarnya anggapan itu tidak tepat. Jika anda beri semua yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda? Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan anda?

    Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih yang dicintai. Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri
    "Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
    - Saidina Umar Ibnul Khattab - >


  • 1066667

valentine??

apa itu "VALENTINE" ?? 
apa yang berlaku pada tggl 14 Februari??


"VALENTINE" adalah nama seorang Paderi..
nama sebenar paderi itu adalah Pedro St. Valentino..

manakala pd tggl 14 Februari 1492 
mrupakan hari kjatuhan kerajaan Islam d Sepanyol...
paderi ini mengumumkan dan mengisytiharkan
hari tersebut sbg hari "Kasih Sayang" krn bgnya 
Islam adalah ZALIM!!!
tumbangnya Kerajan Islam d Sepanyol d raya kn
sbg HARI VALENTINE...

SMOGA ANDA AMBIL PGJRN!!!!
JD WAJAR KH KITA SBG UMAT ISLAM MYAMBUT 
HARI VALENTINE ( HARI KEKASIH )???
SKIRANYA ANDA MYAMBUT ANDA SPT MRAYAKAN HARI 
KJATUHAN ISLAM D SEPANYOL...
SEBARKN KPD RKN ISLAM ANDA YG LAIN...
RENUNG2 KAN LAH....

jom kwn2~


Assalammualaikum buat teman2 semoga tetap diberikan nikmat2 ALLAH.Dlm meniti kehidupan hari2 yg dilalui kena juga sering mengingati dan merenungkan kesalahan akan dirikan disamping itu cuba memperbaiki diri namun kdg2 kite tetap mengulangi akan kesilapan dan dosa2 tersebut.Sesungguhnya ALLAHdgn ZATNYA yg maha pnyayang lagi menerima taubat setiap hambaNYA.Dgn kehidupan didunia ni dan kemewahannya dijadikan amat indah dan asyiknya pd pndangan org2 yg terlalu leka akan menikmati dunia yg semestinya adalah sementara sehingga ada yg sanggup brlagak dan memandang rendah akan org2 yg beiman dan yg berjuang dlm menegakkan ISLAM.Pdhal org2 yg brtakwa dgn imannya lebih tinggi martabatnya drp mereka yg kafir itu pd hr kiamat nanti.Dan ingatlah akan ALLAH jua yg memberikan rezeki kpd sesiapa shj yg dikenhendaki dgn tidak trkira menurut kehendakNYA bukan dr manusia mahupun kerajaan.Cubalah dan tekadkan diri dlm memperjuangkan ISLAM setidak2nya sokonglah tok2 guru kite dlm perjuangannya.Demi generasi akan datang.Demi persahabatan,agar kite sentiasa menghargai shabat2 seperjuangan yg sentiasa meningati,saling berpesan antara sesama demi krn NYA.Demi secebis ilmu dlm kite melayani alam maya yg serba canggih ini.Yg sudah pastinya ciptaan anugerah ILLAHI, sampai-menyampai dan bertazkirahlah krn kebenaran.Sesungguhnya sifat2 ini akan membawa byk manafaat pd kite dan shabat dan juga menjadi pengajaran buat kite agar lebih memahami akan kehidupan yg sementara di dunia ini.Kdg2 bila di renungkan hidup ini,rasanya byk tertipu akan dengan godaannya bg mereka yg lemah termasuk ana juga,lihat sahaja kat luar sana,adik2 kite,anak2 muda yg byk terlalai dgn ciptaan budayanya,cintanya,dance,rempitlah,mcm2lah yg pastinya melalaikan.Mana agaknya tangungjawab kite sebagai khalifah islam ye! tak terfikirkah kite masalah ini dimana juga akan menimpa ahli keluarga dan terutamanya anak2 kite...


berdoalah...

Jadikanlah doa itu sebagai amalan dalam hidup kita, semoga apa yang kita hajati akan ditunaikannya,,,Amin,,,,,


cinta3!!!

10 sebab kenapa kamu mesti memilih cinta dari saya
1.ianya 100% cinta asli dan tulen
2.terus dari kilang hati
3.diperbuat dari kesetiaan yang bermutu tinggi
4.tidak memudaratkan kepercayaan
5.penuh dengan zat keikhlasan
6.kaya dengan serat kejujuran
7.sesuai dicintai dimana saja dan bila bila masa
8.mempunyai kandungan kasih sayang yang boleh merawat kerinduan
9.100% halal untuk dicintai dan disayangi
10.tarikh luput : MAAF..ianya tiada tarikh luput..ia boleh dicintai hingga ke akhir hayat

kehidupan ♥

  • Tentang seseorang di pintu Sang Kekasih dan mengetuk. Ada suara bertanya, “Siapa di sana?” Dia menjawab, “Ini Aku.” Sang suara berkata, “Tak ada ruang untuk Aku dan Kamu.” Pintu tetap tertutup Setelah setahun kesunyian dan kehilangan, dia kembali dan mengetuk lagi. Suara dari dalam bertanya, “Siapa di sana?” Dia berkata, “Inilah Engkau.” Maka, sang pintu pun terbuka untuknya.
  • Dunia tersembunyi memiliki awan dan hujan, tetapi dalam jenis yang berbeda. Langit dan cahaya mataharinya, juga berbeda. Ini tampak nyata, hanya untuk orang yang berbudi halus — mereka yang tidak tertipu oleh kesempurnaan dunia yang sementara...
  • Aku terus dan terus tumbuh seperti rumput; Aku telah alami tujuhratus dan tujuhpuluh bentuk. Aku mati dari mineral dan menjadi sayur-sayuran; Dan dari sayuran Aku mati dan menjadi binatang. Aku mati dari kebinatangan menjadi manusia. Maka mengapa takut hilang melalui kematian? Kelak aku akan mati Membawa sayap dan bulu seperti malaikat: Kemudian melambung lebih tinggi dari malaikat — Apa yang tidak dapat kau bayangkan. Aku xakan menjadi itu.

  • cinta… hanya satu harapku padamu .. jika engkau adalah kebenaran hatiku … maka yakinkan aku akan kebenaranmu … dan jika engkau adalah mimpiku itu .. maka jadilah kau kenyataan hidupku… cinta… semoga kau dapat selalu membuka mataku… menyinari hati da jiwaku… dan semoga kau tidak lagi meresahkan aku …
  • Di hatiku ada cinta Di hati mu bertunas cinta Sudikah kau bercinta Kita temukan dua jiwa Kemari cantumkan dua hati menjadi satu . Biar perasaan terus merindu Sedang hati sudah berpadu Biar mata ingin bersua Walau jiwa sudah bersama Biar telinga mahu mendengar Kerana mulut selalu berkata . Kita menulis membelai cinta Membena rasa bahagia Jauhi duka derita . Sabar menunggu saat bersama ...
  • Tak semua yang dirancang menjadi, yang diharapkan hanya tinggal mimpi, tapi apa yang pasti, hidup ini banyak lagi yang perlu diharungi. Sedih, sadih, pilu, luka adalah perasaan yang dirasai bila anda terputus cinta dengan pasangan namun anda kena sedar, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Tenangkanlah hati anda dengan Menangis sepuas-puas hatimu...setelah keringnya airmata mu itu maka bangun lah dan terus mulakan perjalanan baru lupakan kenangan jadikan perkara yg mematangkan minda mu♥
  • Pengertian ? Bukanlah saat dimana engkau mampu memperhatikan seseorang dengan sepenuh hatimu. Juga bukan saat dimana engkau menyayangi dia sepenuh seluruh yang kau curah. Apalagi dengan memberikan segala yang kau punya, inginmu agar itu dapat membhagiakan. Sadarilah, itu hanyalah sebagian kecil dari makna terkandung dari pengartian CINTA. Bahwasanya ketika engkau mampu benar² menjaga rasa dan perasaanya, dengan sesungguh agar engkau tak melakukan apa yang menjadikan duri dalam dada. Ketika engkau telah mampu untuk menjaga kesucian rasa yang menggelora, dan tidak mengotorinya dengan luka yang kau hujam. Inilah wujud hakikat pengertian yang akan mengabadikan CINTA dalam keabadian rasa yang terjaga.

  • Kehidupan ini adalah permainan dalam pelbagai adegan yang mencabar dan penuh dugaan serta ujian Allah. Sesungguhnya segala dugaan bertujuan menguji kesabaran dan tahap keimanan seseorang hamba. Apabila terujinya seseorang hamba, maka segala mehnah dari-Nya itu adalah sebagai penghapus dosa yang menggantikan hukuman di akhirat kelak.
  • Cinta membuat diri menjadi gila Memenjarakan akal tak berdaya Membutakan mata …..Menulikan telinga Membungkam mulut tak bersuara Namun dalam kegilaan Jiwa menemukan penyucian dan penyatuan keabadian Sedang dalam ketakberdayaan Hati memeluk keindahan diantara perasaan dan harapan Dan dalam dimensi sebuah cinta Sesunguhnya mata dapat melihat kebenaran yang sesungguhnya Telinga mampu mendengar sebentuk bisikan dari lorong jiwa Lalu mulut tak henti-hentinya menyanyikan musik dari surga
  • Jadilah cahaya.. Walaupun tak tersentuh, tapi selalu menerangi.. Jadilah angin.. Walaupun tak berwujud, tapi selalu memberi kesejukan.. Jadilah sahabat sejati.. Walaupun tak bersama menjalani hari,tapi selalu menjaga hati..♥
  • Cinta ini menusuk hatiku..rasaku.,dan jantungku... Cinta ini membuat dadaku berdebar...mempercepat denyut jantungku... Cinta ini hanya aku yang merasa...dan kau tidak... Mengapa...? Cintaku bertepuk sebelah tangan... Slalu dan slalu...hanya terbayang bayangan wajahmu,,, Di bangunku...di tidurku..di mana saja.. Hanya bayangan dirimu yg slalu terlintas dlm fikiranku.... Namun sayang...mengapa..? kau tak pernah mengerti rasa ini... Haruskah ku memohon untuk kau mengerti... Haruskah ku meminta untuk kau jadi milikku...

(^_^)


"SENYUM" ringan tak bersuara tapi, penuh makna. "SENYUM" murah tapi, tak ternilai dengan rupiah. "SENYUM" tak perlu tenaga tapi, besar motivasinya. "SENYUM" hal yang mudah tapi, selalu nampak indah. "SENYUM" satu hal yang biasa tapi, boleh menjadi istimewa. "SENYUM" ibadah yang paling mudah tapi, berpahala setara dengan sedekah. Penuhilah hari2 kita dgn senyuman manis agar semua org ikut tersenyum kerana kita. (^_^)

perempuan cantik vs perempuan x cantik

Kalau perempuan cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Woow, ciri-ciri isteri idaman…

Kalau perempuan tak cantik pendiam,
Lelaki akan cakap :- Eh, tak reti berkomunikasi betul…

Kalau perempuan cantik berbuat jahat,
Lelaki akan kata :- Mesti ada krisis nih.. kesiannye..

Kalau perempuan tak cantik berbuat jahat,
Lelaki akan cakap :- Dah la tak lawa, perangai pulak hodoh…

Kalau perempuan cantik menolong Lelaki yg diganggu,
Lelaki akan cakap :- Woow!Heroin sejati…!

Kalau perempuan tak cantik menolong lelaki yang diganggu,
Lelaki akan kata :- Hm.. Taktik nak ngorat le tu… 

Kalau perempuan cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Ok la…. Bagai pinang di belah dua..

Kalau perempuan tak cantik dapat Lelaki hensem,
Lelaki akan kata :- Kesian.. mesti dah kena bomoh lelaki tu!

Kalau perempuan cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Buta kayu betul mamat tu….

Kalau perempuan tak cantik ditinggal kekasih,
Lelaki akan kata :- Patut pun kena reject…

Kalau perempuan cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Perasaannya halus…penuh dgn kasih sayang..

Kalau perempuan tak cantik penyayang dgn binatang,
Lelaki akan cakap :- Sesama makhluk harus saling menyayangi…

Kalau perempuan TAK cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Ntah dato' mana bela ni….

Kalau perempuan cantik bawa BMW,
Lelaki akan cakap :- Mesti anak org kaya ni…..

Kalau perempuan cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan cakap :- Pasti takut kalau2 gambarnya tersebar..

Kalau perempuan tak cantik tak mau bergambar,
Lelaki akan kata :- Sedar pun diri tu…

Kalau perempuan cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Wah.. caring sungguh….

Kalau perempuan tak cantik menuang air ke gelas lelaki,
Lelaki akan cakap :- Eleh, nak tunjuk caring le tu….

Kalau perempuan cantik bersedih hati,
Lelaki akan cakap :- Don't worry, i will make u happy forever..

Kalau perempuan tak cantik bersedih hati,
Lelaki akan kata :- Sikit2 nak nangis!! Gembeng! mengada2…

kalau perempuan cantik masak,
Lelaki akan kata :- Dah la lawa, pandai masak pulak tu…

Kalau perempuan tak cantik masak,
Lelaki akan cakap :- Ntah sedap ke tak masakan dia tu…

Kalau perempuan cantik main2 miss call,
Lelaki akan kata :- Takpe, rindu la tu…

Kalau perempuan tak cantik main2 miss call,
Lelaki akan cakap :- Ko ni takde keja lain ke…? sibuk ni tau tak..?

Kalau perempuan cantik hantar2 email,
Lelaki akan kata :- Sukenya….

Kalau perempuan tak cantik hantar2 email,
Lelaki akan cakap :- Asyik2 email dia… boring!!

---------------
Bukankah dunia ini sungguh tidak adil.:).

---------------