3 July 2011

masih x selesai???

Pengacara AF8, Jimmy Shanley..Yezzer brader..telah..berkahwin dengan gadis yang cun dan sopan.Nama tunang beliau adalah Nor Suhaila Eliani Datuk Suhaimy, seorang pengasas produk kecantikan yang fofular iaitu Natasya. Patutla pipi Jimmy sentiasa licin..hoho..Terkenan bedak kecantikan rupenyer..Jumlah hantaran belanja ditetapkan RM31,000 mengikut tarikh lahir Suhaila iaitu 31 Januari 1986.
  
Jimmy mengenali Suhaila Eliani empat tahun lalu ketika membuat penggambaran Trek Selebriti di Genting Highlands, Pahang Majlis pertunangan Jimmy Shanley diadakan di rumah pihak keluarga perempuan di Sunway Rahman Putra...


kini, dia sudahpun sah bergelar suami kepada Nursuhaila Eliani pada pukul 4 petang di rumah pengantin perempuan yang terletak di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh.. Gara-gara terlalu gugup.. setelah tiga kali lafaz baru la pernikahan Jimmy Shanley dengan Nursuhaila Eliani diakui sah oleh tok kadi.. Hampir 500 tetamu yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis pernikahan Jimmy Shanley dan Nursuhaila ni…

jimmy shanley nikah
Pihak lelaki telah membawa sembilan dulang hantaran yang berupa sebuah jam tangan, satu set barang kemas, sebuah komputer iPad, tas tangan, alatan dandanan dan wangian, sepersalinan pakaian, sepasang kasut, wang mas kahwin dan sebentuk cincin pusaka peninggalan dan wasiat arwah ibunda pengantin lelaki.

jimmy shanley menyarungkan cincin nikah

Manakala pihak perempuan pula membalas dengan sebelas dulang hantaran yang berupa sepasang kasut, seutas jam tangan, sehelai baju, sehelai seluar, sebuah iPhone, kek, manisan, coklat, sirih junjung, set dandanan dan sepasang baju Melayu.


Dan melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Oktober.. alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.. Taniah sekali lagi buat Jimmy Shanley dan Suhaila Elaini…


 Majlis perkahwinan yang bertemakan “timeless white romance” tu berlansung dengan begitu meriah sekali di Grand Ballroom, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).. Persembahan daripada beberapa artis popular juga Turut memeriahkan lagi majlis perkahwinan Jimmy Shanley ni..
Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran rakan-rakan artis yang diantaranya ialah Awal Ashaari, Lisa Surihani, Sazzy Falak, Nazril Idrus, pelakon, Iqram Dinzly, Anne Darling, Rozita Che Wan, penyanyi Mawi dan Ekin, Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk K serta ramai lagi.



 gambar-tunang-jimmy-shanley-suhaila-eliani-suhaimy-facebook5

 gambar-tunang-jimmy-shanley-suhaila-eliani-suhaimy-facebook2

gambar-tunang-jimmy-shanley-suhaila-eliani-suhaimy-facebook4

Gambar majlis pertunangan Jimmy Shanley dan Suhaila Elaini 

gambar jimmy shanley kahwin

majlis resepsi jimmy shanley

perkahwinan jimmy shanley

Sebelum kahwin, sudah pelbagai gossip melanda Jimmy Shanley termasuk tuduhan bahawa beliau seorang kaki kikis. Alhamdullilah, akhirnya kedua-dua pasangan ini berjaya juga melaksanakan perkahwinan dengan dibarisi oleh kereta-kereta mewah seperti Lamborghini & Chyrsler 300c pada hari persandingan.
Baru sebulan berkahwin, inai pun masih merah di jari. Perkahwinan Jimmy Shanley & Nursuhaila dikatakan bagai retak menanti belah apabila isterinya bertindak meninggalkan rumah tempoh hari. Peristiwa lari dari rumah itu telah dinafikan oleh Jimmy, namun tidak menolak dakwaan bahawa hubungan mereka berdua memang bergelora.
Jimmy berkata bahawa beliau hanya berserah kepada tuhan, dan masih kabur dengan kehidupannya yang baru. Agak sukar untuk menceritakan situasi sebenar yang berlaku, lagi pun mereka baru berkahwin dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing.. Apa sebab rumah tangga Jimmy Shanley dan Nursuhaila ni bergolak, kami pun tidak tahu..
Jimmy Shanley yang dihubungi oleh Sinar Harian semalam mengakui yang rumah tangga mereka memang sedang bergolak tetapi Jimmy menafikan yang Nursuhaila Eliani bertindak meninggalkan rumah.. Jom kita baca apa kata Jimmy..
“Apa yang boleh saya katakan, setiap pasangan yang baru mendirikan rumah tangga, pasti ada pasang dan surutnya. Bagi saya, itu semua lumrah hidup pasangan yang baru berkahwin. Saya hanya berserah. Itu yang boleh saya katakan buat masa ini. Agak sukar untuk saya ceritakan apa yang berlaku kerana hingga ke hari ini, saya sendiri masih kabur dengan kehidupan baru saya ini.”
“Maklum sahaja, baru 41 hari kami melayari bahtera perkahwinan. Inai pun masih merah di jari. Lagipun ini peringkat permulaan untuk mengenali hati budi masing-masing, Cuma saya tidak mahu cerita lebih-lebih kerana ini melibatkan keluarga. Berilah masa kepada kami. Yang pasti, saya berada di pihak yang benar. Jika tidak, pasti saya yang keluar dari rumah mentua.”
“Apa yang berlaku, saya lalui dengan tenang dan sentiasa senyum. Orang kata diam lebih elok, kan? Jadi itulah yang saya gunakan agar segala-galanya baik-baik sahaja,”

tp...ALLAH sygkan diorang kerna....
Pejam celik pejam celik sudah 5 bulan usia kandungan Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy. Satu perkara yang sy respek dengan Jimmy Shanley ini ialah permasalahan rumah tangganya dijaga rapi. Tak terkeluar langsung punca sebenar keretakan rumah tangga mereka. Sampai sekarang semua orang masih tertanya-tanya punca sebenar pertikaian antara Jimmy dan isterinya.

Untuk mereka yang tidak tahu, Jimmy Shanley dan isteri sudah tidak tinggal sebumbung selepas 20 hari bernikah. Yang terbaru, Jimmy telah memfailkan permohonan kembali taat dan nusyuz. Semua ini dilakukan demi anak di dalam kandungannya. Satu langkah yang baik kerana bercerai atau tidak, anak tersebut tetap memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu.



Tahniah kepada Jimmy Shanley.. Dalam kekalutan rumahtangga, kelahiranZahrah Shanley sedikit sebanyak dapat mengubat hati yang duka. Rahmat daripada Allah datang tidak diduga. Semoga dengan kelahiran bayi ini, sedikit sebanyak ada perubahan ke arah kebaikan dalam hidup JIMMY. All the best bro. Semoga tabah dalam menghadapi liku-liku hidup.. Berat mata memandang, lagi berat bahu memikul.. Mari kita sama2 doakan kebahagiaan Jimmy.


sarah-shanley

apa sahaja masaalah yang dihadapi oleh rumah tangga Jimmy Shanley dan Nursuhaila Eliani ni harap dapat diselesaikan dengan baik.. semoga rumah tangga mereka berdua kekal bahagia hendaknya.. n ingatlah orng yang tersayang....
tahniah....

No comments:

Post a Comment