2 July 2011

maharaja lawak 2011~


Sepah Maharaja Lawak, Nabil Maharaja Lawak, R2 Maharaja Lawak, Jozan Maharaja Lawak

Bertitik tolak daripada kejayaan dan penerimaan positif terhadap program Raja Lawak; sebuah program realiti pencarian bakat untuk menjadi pelapis dalam bidang lawak jenaka dan komedi di kalangan rakyat Malaysia, Astro buat julung kalinya mempersembahkan Maharaja Lawak; sebuah lagi program pencarian pelawak terunggul di kalangan yang terhebat yang bakal bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 1 April 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika.

Program Maharaja Lawak ini juga akan dikemudikan oleh AC Mizal yang telah diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab sebagai pengacara selama 10 minggu bersiaran.

Menggunakan konsep dan format yang seakan-akan sama seperti lima musim Raja Lawak Astro sebelum ini, program ini akan menghimpunkan hampir kesemua bekas juara dan finalis dari musim pertama hingga musim kelima yang bakal berentap sekali lagi di atas pentas untuk dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak.

Bezanya, nasib para peserta bukan lagi ditentukan sepenuhnya berdasarkan sistem pemarkahan 100% undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) tetapi akan diadili dengan sistem pemarkahan 50% oleh juri tetap dan 50% daripada undian penonton. Peserta yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan. Cara-cara untuk mengundi akan diumumkan dari semasa ke semasa di saluran Astro Warna.

Peserta-peserta Maharaja Lawak adalah terdiri daripada YUS, Kumpulan JOZAN dan TAUKE daripada Raja Lawak Astro (RLA) Musim Pertama; NABIL dan Kumpulan XN3 (RLA Musim Kedua); Kumpulan SEPAH, JIHAN dan AMIR (RLA Musim Ketiga); Kumpulan KECIK, IDLAN dan ALEX (RLA Musim Keempat) serta juara dan finalis RLA Musim Kelima yang masih belum dikenal pasti setakat ini.

Peserta paling menyerlah yang berjaya memikat hati juri dan para penonton bakal dinobatkan sebagai juara Maharaja Lawak sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM350, 000. Manakala pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing akan memenangi wang tunai sebanyak RM250, 000 dan RM150, 000 setiap seorang.

Tiga orang juri tetap akan dipertanggungjawabkan untuk menilai persembahan para peserta berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Mereka bakal menilai para peserta berdasarkan kelucuan dan elemen jenaka dalam sesebuah persembahan, keaslian persembahan dan kreativiti serta bakat dan kemahiran lakonan yang paling menyerlah...

Pertama kali dalam sejarah, Maharaja Lawak menyingkirkan 3 peserta dalam satu episod. Penyingkiran ini melibatkan 2 peringkat yang berbeza. 2 penyingkiran pertama dilakukan di awal rancangan dan satu lagi penyingkiran dilakukan selepas undian ditutup di akhir rancangan.

Kumpukan XN3 dan WAI menjadi 2 peserta terawal meninggalkan gelanggang Maharaja Lawak apabila diumumkan sebagai 2 peserta yang mendapat tempat terbawah, manakala kumpulan R2 diumumkan tersingkir selepas undian ditutup.

Minggu ketiga Maharaja Lawak menyaksikan 10 peserta yang tinggal mempersembahkan jenaka bertema Komedi Muzikal. Tema yang mencabar ini dapat dilakukan dengan jayanya oleh sebahagian besar peserta hinggakan penonton di studio ketawa besar melihat persembahan mereka. Persembahan mereka telah diiringi oleh kumpulan muzik yang diketuai oleh Shah Slam.

Satu lagi wakil Raja Lawak Astro Musim Kelima akhirnya tersingkir apabila gabungan markah dan undian SMS penonton tidak memihak kepada mereka. Kumpulan Balas yang terdiri daripada Fendi dan Syuk terpaksa akur dengan keputusan yang mereka terima. Kumpulan Balas yang berasal daripada Pulau Pinang adalah peserta terakhir tersingkir sebelum Maharaja Lawak peringkat akhir diadakan nanti.

Selepas penyingkiran diumumkan, satu kejutan telah diberikan oleh pengacara AC Mizal. Maharaja Lawak akan menambah 3 minggu lagi siarannya atas permintaan ramai. Lebih mengejutkan apabila AC Mizal mengumumkan Tour Maharaja Lawak yang akan menjelajah 3 lokasi berbeza. Pulau Pinang, Pahang dan Johor

Pada 2 lokasi jelajah sebelum ini tiada penyingkiran diumumkan,dan akhirnya di lokasi jelajah terakhir iaitu Johor Bahru,2 peserta disingkirkan iaitu kumpulan Jambu dan R2,tetapi kumpulan Jambu bernasib baik kerana diberi imuniti oleh pihak Juri,sekaligus memberi peluang kepada mereka untuk beraksi di gelangang akhir Maharaja Lawak.


Selesai jelajah 3 lokasi Maharaja Lawak, akhirnya Maharaja Lawak sampai ke peringkat akhir dengan Maharaja Lawak Akhir yang akan diadakan di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.Peserta maharaja lawak akhir akan ditentukan melalui undian SMS para penonton sebanyak 50% dan selebihnya akan diadili oleh pihak juri iaitu Mamat Khalid,ahmad idham dan saiful Apek.
Selepas penyingkiran R2, Jozan mengungguli carta Maharaja Lawak Akhir dengan undian 34%, Sepah 28%, Nabil 25% dan Jambu 14%.



maharajalawak finalist


4 peserta Maharaja Lawak bakal merebut gelaran Maharaja Lawak pertama dalam sejarah dan membawa pulang hadiah yang lumayan...). Maharaja Lawak sudah sampai kemuncaknya.Siapakah yang akan dinobatkan sebagai Maharaja Lawak dalam sejarah?Adakah peserta berkumpulan ataupun peserta solo?

 Kumpulan yang pertama kali menjadi Juara Raja Lawak pada musim ketiga, Sepah telah diangkat semula sebagai Juara Maharaja Lawak yang pertama dalam sejarah.


Kumpulan Sepah yang berasal dari Johor telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia setelah setiap minggu berada di kedudukan yang biasa dan tidak pernah menduduki tempat pertama dalam Maharaja Lawak setiap minggu. Sketsa Sepah dalam pusingan pertama tenyata memberi kesan yang mendalam hingga bejaya memintas kedudukan pertama dalam carta SMS iaitu Jozan.


Trio yang dianggotai oleh Mamat, Jep dan Syuib ini menerima hadiah wang tunai bernilai RM350 ribu beserta trofi Maharaja Lawak sumbangan Astro. Naib Johan iaitu Jozan menerima hadiah wang tunai bernilai RM250 ribu beserta trofi sumbangan Astro. Satu-satunya peserta solo dalam Maharaja Lawak Akhir iaitu Nabil menduduki tempat ketiga menerima hadiah wang tunai berjumlah RM150 ribu berserta trofi sumbangan Astro manakala tempat keempat milik Jambu membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM50 ribu. .

(final) Live streaming maharaja lawak

Jom tonton video Final Maharaja Lawak Minggu 13. Maharaja lawak Minggu Final ini sekali lagi dibintangi oleh kumpulan dan peserta JOZAN, SEPAH, NABIL dan JAMBU.

Nabil.


Jambu.


Sepah.


Jozan.


Nabil Part II.


Jambu Part II.


Sepah Part II.


Jozan Part II.


Keputusan Final Maharaja Lawak 2011.



Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Maharaja Lawak



~2011~

No comments:

Post a Comment