16 July 2011

gagal???ohhhh nooo!!!!

Kegagalan tidak bermakna anda gagal… ia bermaksud kamu masih belum berjaya lagi. Kegagalan bukan bermakna anda belum menyempurnakan apa-apa… ia bermaksud kamu telah mempelajari sesuatu. Kegagalan tidak bermakna anda bodoh… ia bermaksud kamu mempunyai kepercayaan yang tinggi. Kegagalan bukan bermakna anda telah dimalukan… ia bermaksud kamu sanggup untuk mencuba. Kegagalan tidak bermakna anda tidak mampu… ia bermaksud kamu perlu melakukannya dengan cara lain. Kegagalan bukan bermakna anda dipandang rendah… ia bermaksud kamu belum mencapai tahap terbaik. Kegagalan tidak bermakna anda telah membazirkan hidup anda… ia bermaksud kamu perlu memulakan sesuatu yang baru. Kegagalan bukan bermakna anda patut menyerah kalah… ia bermaksud kamu patut mencuba dengan lebih kuat lagi. Kegagalan tidak bermakna anda tidak akan berjaya… ia bermaksud kamu perlu lebih sabar. Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah tinggalkan kamu… ia bermaksud Tuhan ada perkara yang lebih baik untuk kamu.

chinta kamu~


Ku ingin kau tahu bahawa hati ini ingin menyatakan sungguh ku cinta kamu


rasa ini tidak pernah pudar walau waktu kian berlalu pergi kerana ku sungguh cinta kamu


diamku menyatakan betapa dalamnya rasa cinta ini sukar untuk diluahkan oleh kata bagaimana rasa cinta ini..


rasa sakit menyintaimu ku tanggung segalanya kerana hati ini sungguh ku cinta kamu..


Salahku.. kerana sungguh menyintaimu sehingga ku tak mampu menjaga rasa ini..


sungguh ku cinta kamu walau kamu tidak sempurna di mata orang lain walau kamu tidak punya harta seperti orang lain


sungguh ku cinta kamu bukan kerana kamu kacak atau segak bukan kerana kamu bijak atau pandai tetapi kerana ku cinta kamu kerana diri kamu sendiri.. walau kamu tidak kacak.. walau kamu tidak bijak.. diri ini tetap menyintaimu..


pintaku..jangan lagi ditanya tentang cintaku padamu... jangan di tanya lagi mengapa aku cinta padamu... kerana bila hati mencintai... ia hadir tanpa dipinta.. walau kamu kacak atau tidak.. walau kamu tua atau muda.. walau kamu kaya atau miskin.. jangan dipertikaikan cintaku ini...

ketahuilah...sungguh ku cinta kamu.. hingga diri ini takut akan kehilangan kamu


barang siapa?

‎1. barang siapa yang tidak menggunakan akalnya maka dia akan dihina.
2. barang siapa yang bersifat takbur dengan manusia maka dia akan dikeji.
3. barang siapa yang berbangga-bangga dengan manusia,maka ia akan dipatah-patahkan.
4. barang siapa yang membodoh-bodohkan, maka ia akan dicaci dan dihina.
5. barang siapa yang bersahabat dengan orang-orang yang rendah akhlaknya, maka dia akan dipandang hina.
6. barang siapa yang duduk bergaul dengan ahli ulama, maka dia akan bersikap tenang.
7. barang siapa yang meringan-ringankan urusan agama, maka dia akan terjerumus kepada lembah dosa.
8. barang siapa yang takutkan Allah, maka dia akan berjaya di alam akhirat.
9. barang siapa yang mengetahui akan ajal mautnya, maka dia akan pendeklah impiannya.
10. barang siapa yang biasa dengan kejahilan, maka dia akan meninggalkan jalan keadilan.
Sabda Rasulullah S.A.W. : Lihatlah kepada orang yang berada di bawah kamu dan janganlah kamu melihat kepada orang yang berada di atas kamu. Maka ia akan lebih nyata bahawa kamu tidak akan menghina nikmat Allah S.W.T. keatas kamu.