21 July 2011

Cinta Seorang Lelaki Terhadap Seorang Perempuan~

  Seorang Lelaki Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta ialah: 
1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa. 
2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap. 
3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya. 
4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-meluap.
5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya. 
6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.
7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya. 
8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya. 
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain. 
10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja. 
11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya. 
12. Dia akan mengalabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama. 
13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya. 
14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.
15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya. 16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya. 
17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.
18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain. 
19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya. 
20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya. 21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri. 
22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia tidak berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. 
23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan.

YA ALLAH YA TUHANKU


Ya Allah aku tahu Dikau dekat tapi aku menyebabkan jarak itu makin jauh kerna melakukan dosa yang ku lakukan....

Bila Dikau melambai padaku ku berlari mengejar Mu akan tetapi dikau makin jauh kerna ku adalah hamba yang tidak mengenal erti bersyukur pada Mu

Ya Allah ampunilah dosa-dosa hamba ini kerna ku begitu mengasihi dan menyanyangi dari apa pun.
Sendiri melayan sepi malam kehampaan kian melekat dijiwa resah yang tidak bertepi..

sisa yang tertinggal terus dikutip agar menggunung kembali harapan yang kian condong hanya tinggal saat untuk rebah ke bumi

Dosa yang sering mengalir dari tubuh menyesakkan dada sungguh hina diri ini gagal menjadi hambaNYA yang menepati janji diri yang naif sering terlupakan Ya Illahi

berdosanya diri.. kerana ada ketika hati melupakanNYA tetapi Ya Illahi tidak pernah walau sesaat melupakan HambaNYA..

malunya diri ini... berulang-ulang kali kembali melakukan kesalahan dan Ya Illahi.. berulang-ulang kali memaafkan kelalaian hambaNYA

Bangkit menuju Illahi rasa hampa dinyatakan rasa gundah diluahkan rasa sedih dipamerkan semua rasa telah menjadi satu.. diserahkan pada Yang Maha Kuasa..

Biar semua rasa dilepaskan Biar semua kesakitan dibawa pergi Biar yang tinggal hanya ketenangan Biar hati pasrah dengan segalanya..

diri ini akan kembali jua kepadaMU.. jangan lagi biarkan hati ini pergi jauh dariMU..
Andainya suatu saat aku akan dipanggil oleh Allah S.W.T. terlebih dahulu engkau doakan aku mati sebagai syuhada dijalan-Nya kerana itu adalah impian kita....

Dan yakinlha janji Allah itu pasti buat mereka yang ikhlas dalam perjuangan kerana-Nya dan doakan akulah INSAN YANG TERPILIH ALLAH ITU. semoga kita bersama sehingga kesyurgaa

Amin Ya Rabb...Ukhwah Fillah Abadan Abada...


orang bijak pandai~



kata kata Orang yang bercita-cita dan berazam besar, selalu bertemu halangan dan rintangan yang besar. Kebesaran halangan dan rintangan itu adalah ukuran kecil besar sesuatu cita-cita. - HAMKA Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa juga bergantung kepada kerelaan dan kecekapan untuk bekerja. - SOEKARNO Senyuman adalah ibarat perhiasan batin, yang membantu mengindahkan perhiasan lahir yang kurang cantik. Dengan senyuman kemana pun kita pergi, bersinarlah disana cahaya kegembiraan. Dengan senyum tiada urusan yang berat dalam dunia ini, semuanya dapat diatasi. - HAMKA Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Pergaulan membentuk kepercayaan dan keyakinan. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa, hendaklah bergaul dengan orang-orang yang berbudi, orang yang dapat kita kutip manfaat daripadanya. - HAMKA Tidak ada satu pun sifat yang diberikan Tuhan kepada kita yang tidak berguna. - HAMKA Perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang dicapai. - HAMKA Sesungguhnya setiap kegagalan mengandungi benih-benih kenikmatan yang akan datang. Sebenarnya setiap kegagalan itu hanya berlaku untuk sementara saja. - HAMKA Selain daripada kerelaan untuk berkorban, kekuatan sesuatu bangsa itu bergantung kepada kerelaan dan kecekapan serta kesediaan untuk bekerja. - SOEKARNO Sebesar-besar atau seberat-berat urusan, jangan dihadapi dengan muka berkerut, kerut muka itu dengan sendirinya menambahkan lagi kerut pekerjaan itu. - HAMKA