2 July 2011

juara imam muda~





Salam 1 Malaysia.

imam muda 2

“Memecah tradisi satu perjalanan dalam sebuah kehidupan.”

Setelah imam muda musim pertama mendapat sambutan yang menggalakkan dari negara  kita dan juga diseluruh dunia, Imam muda 2 telah dilancarkan baru-baru ini. Musim kali ini lebih mencabar dan juga lebih mendapat banyak liputan, kerana bakal-bakal imam muda ini bukan sahaja dari negara kita, tetapi bersaing dengan negara-negara yang lain. Ia sesuatu kelainan yang cuba diperbaiki sedikit demi sedikit.

Bersifat lebih international, terbuka buat luar negara.
Pelajar-pelajar asing yang belajar di sini juga digalakkan turut serta asalkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. Satu faedah besar apabila mereka boleh bertutur bahasa Melayu, secara tak langsung dapat mengembangkan bahasa kebangsaan, melayu di peringkat antarabangsa.
Untuk menjadi imam yang unggul, remaja Malaysia harus didedahkan dengan persaingan antarabangsa, untuk membuktikan imam muda yang berkaliber, berdaya saing secara sihat dan juga menampakkan pemikiran global yang primitif.

Kelainan imam muda musim kedua??
Sudah tentunya, musim kali ini lebih baik, dimana penerbit rancangan ini mengakui yang pertama masih ada kekurangannya. Jadi, insyallah mereka akan lakukan yang terbaik untuk pencarian imam muda kali ini.
Bagi musim kedua, bakal imam-imam muda akan menjalani jadual ketat, peraturan agama, tugas rutin dan pemahaman khusus mengenai tugas-tugas seorang imam, memimpin keluarga dan selaku pemimpin masyarakat setempat. Diantara cabaran baru mereka ialah bersesuaian dengan keadaan semasa seperti ekonomi, perdagangan dan perubatan Islam melalui ayat-ayat suci Al Quran. Selain itu, topik baru seperti aktiviti dakwah kepada Orang Asli, amalan perubatan Islam dan aktiviti sukan yang disarankan dalam Islam turut akan diperkenalkan.

juara imam muda terunggul 2011

 
 Program realiti tv berbentuk islamic iaitu Imam Muda Musim Kedua terbitan Astro telah pun melabuhkan tirainya semalam. Imam Muda Musim Kedua ini menobatkan Imam Muda Hassan sebagai juara dan Imam Muda Nazrul sebagai naib juara. Selaku juara, Imam Muda Hassan merangkul hadiah berupa biasiswa pakej platinum selama empat tahun di Universiti Al-Madinah, kereta, wang tunai RM30,000, pakej perabot, pakej haji dan umrah, pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, sijil pentauliahan dan trofi.

Datuk Hassan Mahmood berkata, Hassan pernah dua kali dipilih sebagai pelajar contoh di sepanjang sembilan minggu program itu berlangsung dan turut mengakui tabiaat juara Imam Muda itu yang selalu tersenyum turut memberi kelebihan padanya.
“Hassan pernah dua kali dipilih sebagai Imam Muda contoh dan keperibadiannya itu turut diambil kira untuk menjadi seorang Imam Muda yang terbaik.
“Dia suka senyum, itu adalah satu lagi kelebihan Hassan,” kata Mudir Imam Muda tersebut pada sidang akhbar, di sini hari ini.
Mengulas mengenai kemenangannya itu, Imam Muda Hassan berkata, beliau menghadiahkan kemenangannya ini kepada ibunya dan arwah ayahnya, serta menyifatkan kemenangannya itu adalah rezeki dari Allah SWT.
Selain itu Hassan berkata, senyuman merupakan salah satu cara Rasulullah SAW berdakwah dan beliau mengambil contoh akhlak Baginda itu untuk disematkan menjadi tabiat dirinya.
“Senyuman merupakan salah satu cara Rasulullah SAW berdakwah dan pernah hanya kerana senyuman Baginda sahaja mampu menyebabkan seorang kafir memeluk Islam.
“Sebab itulah saya suka senyum,” kata Hassan pada sidang media sejurus diumumkan sebagai juara Imam Muda, di sini hari ini.
Mengulas lanjut mengenai kemenangannya itu, Hassan berkata, tidak timbul mengenai soal kalah atau menang di dalam program terbitan Astro tersebut memandangkan mereka mempunyai satu matlamat iaitu memperjuangkan ruh Islam di negara ini.
Bagaimanapun, juara Imam Muda dari Perak itu belum lagi mempunyai perancangan khusus setelah program itu berakhir selain dari pulang ke kampung bertemu keluarganya dan meluangkan masa di sana...


 
Manakala Imam muda Nazrul (naib juara).
Atau nama sebenarnya ialah NAZRUL IZWAN BIN ZOLKIFLEE
Manakala tempat kedua pula akan mendapat biasiswa penuh (pakej emas) di Universiti Al-Madinah tajaan Yayasan Al-Madinah, wang tunai RM20,000, pakej perabot tajaan Jatimas serta pakej umrah tajaan Salamfon. Serta  pakej percutian, Macbook Apple, Ipad Apple, telefon bimbit, Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi.
Selain itu mendapat sebuah kereta tajaan Proton Edar, wang tunai berjumlah RM30,000 sumbangan Astro dan pakej haji dan umrah tajaan Salamfon. Dan juga,  Sijil Pentauliahan oleh Mufti Wilayah Persekutuan dan trofi sumbangan Astro.
katanya:
“Saya tak kecewa, malah saya berpuas hati dan bersyukur dapat berada ditahap ini,” katanya pada sidang akhbar yang sama, di sini malam ini.

Program Imam Muda tersebut turut disertai oleh lapan lagi peserta iaitu Ali Khairudin Abdul Marif, Mohd Fakhrulrazzi Hussin, Ammar Wan Harun, Mohd Azlan Zulkarnain, Abdul Fattah Riddzwan, Mujahid Suhaimi, Zulfadli Awang dan Wan Najdi Wan Mohd Noh.
Mereka turut tidak pulang dengan tangan kosong apabila turut diberikan hadiah tajaan biasiswa di Universiti Antaraapbangsa Al-Madinah, pakej umrah, pakej percutian ke Vietnam, Ipad, kamera digital, telefon bimbit dan trofi.
Semua peserta program Imam Muda diberikan Sijil Pentauliahan dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan Sijil Penghargaan dari Jabatan Agama Islam Wilayah...

imam muda, imam muda musim kedua, logo imam muda, imam muda pencarian sudah bermula, calon-calon imam muda, jadual ujibakat imam muda 2011, imam muda 2011, penemuan dalam sebuah perjalanan kehidupan,
tahniah.....

No comments:

Post a Comment