27 May 2011

al-fatihah~


aiiii sumew...mesti korang sumew tertanya2 kan ke mana sy menghilang....hehehehe...sory la bz kit...bru ja abih final exam...skung ney la bru ley nk update blog ney...riney juz nk kongsi ngan korang sume pasal kejadian tanah runtuh kt ulu langkat...selangor 2...cmpai skung aq msih ngat lagi tragedi yang menyayat hti semua pihak...
aq tgok berita tntang tragedi 2 cmpai mengalir aer mata aq....mmg sedih...


Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat


Berita semasa:

Seramai 24 orang terdiri daripada anak yatim, warden dan kakitangan Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat dekat sini hari ini.

Setakat pukul 7 petang ini, tiga mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun dikeluarkan dari runtuhan itu manakala tujuh lagi ditemui cedera termasuk seorang lelaki dewasa, kata polis.

Penghuni yang cedera berusia antara 11 dan 17 tahun manakala lelaki dewasa itu dipercayai pekerja di rumah anak yatim berkenaan.

“Kesemua yang cedera dihantar ke Hospital Kajang untuk rawatan dan setakat ini keadaan mereka tidak diketahui,” kata Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata, rumah anak yatim yang terletak berhampiran bukit itu menempatkan 49 orang termasuk penghuni dan pekerja. Kesemua penghuni rumah itu adalah lelaki.

Ketika kejadian pada pukul 2.30 petang kesemua penghuni rumah anak yatim itu berada di dewan serbaguna untuk persiapan satu majlis yang dijadual pada pukul 5 petang ini.

Runtuhan tanah dari bukit itu dikatakan menimbus dewan serbaguna yang terletak di lereng bukit itu menyebabkan bangunan setingkat itu musnah sama sekali. Turut terkena runtuhan tanah itu ialah sebuah surau.

"Kami difahamkan berlaku dua kali tanah runtuh secara serentak dalam sekelip mata. Semua mereka yang berada dalam dewan itu tidak sempat menyelamatkan diri,” kata Tun Hisan pada sidang akhbar di tempat kejadian.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat yang terdiri daripada Pasukan Bomba dan Penyelamat, polis dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengeluarkan mayat pertama pada pukul 4.30 petang, diikuti mayat kedua setengah jam kemudian dan mayat ketiga dikeluarkan pada pukul 6.10 petang.

Penolong Pesuruhjaya Bomba dan Penyelamat Putrajaya Morni Mamat berkata sehingga pukul 7 petang ini operasi mencari dan menyelamat diteruskan dalam keadaan hujan lebat. - Bernama

Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat

Untuk makluman anda,senarai nama dibawah adalah menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan.

Mangsa yang meninggal
Azrel, 8
Nael, 8
Shahrul, 9
Boboy, 10
Farid, 34
Eqim 
Zaim 
Angah 
Rahimi 
Zaid Ashwal, 18
Riz, 9
Lokman, 11
Fahad, 9
Aiman, 10
Hazim, 9
Hasril, 11

Mangsa yang terselamat
Khairul, 9
Hairis 
Harris 
Akmal 
Aizat 
Alaudin 
Irwan, 33
Din, 30
Syafiz, 22

















jom saksikan video ney.....marilah kita menghayatinyer...


Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. “kepadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali”
Marilah kita sama-sama doakan moga keselamatan dan perlindungan dari Allah buat buat semua mangsa-mangsa tanah runtuh yang melibatkan anak-anak yatim ini.
Sangat sedih rasanya bila terbaca berita mengenai  ini tragedi yang memilukan ini. Semoga Allah menyelamatkan mereka ini. Ameen.
Semua ini adalah dalam pencaturanya. Kita sebagai hamba terimalah ini sebagai qada dan qadarnya dan yakinlah semua ini ada hikmahnya yang berlaku.
Anak-anak yatim adalah amanah Allah s.w.t., orang yang dipertanggungjawabk an menjaga kebajikan mereka perlu melaksanakan tanggungjawab mereka dengan seadil-adilnya. Mereka telah dijanjikan limpah kurnia di dunia dan balasan syurga dan mendampingi baginda di syurga kelak.