8 September 2011

Peminangan Pendahuluan Pernikahan.(¯`♥´¯)

♥ ★⋰Peminangan yang mengikut Sunnah⋰★♥ ╚═══════════════════════════╝ ♥ ★⋰

Peminangan yang lebih berkat kepada seorang gadis adalah sebagaimana yang mengikut sunnah iaitu : ╚» dengan MEMULIAKAN HAK WALI. Ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali. ♥ ★⋰Apabila Rasululah صلى الله عليه و سلم ingin menikahi Aisyah r.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), Rasulullah صلى الله عليه و سلم menyatakan hasratnya itu kepada Abu Bakar as-Siddiq. Keelokan peribadi Aisyah r.ha diketahui dan dikenali melalui orang tengah iaitu Khawlah binti Hakim, bukannya melalui berkawan dengan Aisyah r.ha sendiri. ♥ ★⋰Manakala dalam peminangan terhadap JANDA pula, Rasulullah صلى الله عليه و سلم banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun Baginda صلى الله عليه و سلم juga pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan Baginda صلى الله عليه و سلم terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib. Walaubagaimanapun pinangan Baginda itu ditolak. 

╔══════════ஜ۩۞۩ஜ═════════╗ 

♥ ★⋰Dasar dan Hukum Peminangan.⋰★♥ 


          ╚═════════════════════════╝ ♥ ★⋰

Daripada al-Mughirah r.a, sesungguhnya dia pernah meminang perempuan, lalu Nabi صلى الله عليه و سلم bersabda kepadanya: "Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kepada kekalnya cinta antara kedua-duanya." [Riwayat al-Nasa'ie dan Tirmizi] ♥ ★⋰Wali tidak boleh memaksa tetapi boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Shu'aib yang berkenan kepada Nabi Musa sebagai calon menantu. Namun begitu, wali tidak boleh memaksa puterinya menerima calon yang TIDAK disukai, samada puterinya itu GADIS ataupun JANDA. ♥ ★⋰Pernah terjadi satu kisah seperti yang diriwayatkan satu kisah, bahawa seorang wanita pergi menemui Aisyah r.ha. Beliau berkata kepadanya: "Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedangkan aku tidak menyukainya." ♥ ★⋰Maka Aisyah r.ha berkata: "Duduklah sehingga Rasulullah صلى الله عليه و سلم datang." Setelah Rasulullah صلى الله عليه و سلم datang, Aisyah memberitahu Baginda lalu Rasulullah صلى الله عليه و سلم mengutus seseorang kepada bapa wanita itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak membuat keputusan kepada wanita itu. Wanita itu berkata: " Wahai Rasulullah! Saya telah reda dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui, adakah ada hak bagi wanita untuk membuat ketetapan?" ♥ ★⋰Dalam riwayat yang lain: "Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukan bapa yang berhak untuk membuat ketetapan." [Riwayat al-Nasa'ie] 


╔═════════ஜ۩۞۩ஜ════════╗


 ♥ ★⋰Nasihat buat para REMAJA.⋰★♥ 


         ╚═══════════════════════╝ ♥ ★⋰

Muliakan ibubapamu. Raikan ibu bapa si dia. Dahulukan mereka dalam urusan peminangan dan pertunangan. InsyaALLAH bi iznillah, urusanmu ini lebih berkat dan mengikat. ♥ ★⋰Moga keberkatannya berpanjangan sepanjang alam perkahwinan. Ingatlah, sesungguhnya sukar mencari bahagia tanpa restu orang tua.

No comments:

Post a Comment