9 July 2011

cherita chinta~

 Suatu malam, sepasang kekasih baru selesai menonton tayangan gambar di panggung. Tetapi dalam perjalanan pulang, si lelaki merasakan ada sesuatu yg tidak kena pada pasangannya. Si kekasih hatinya lebih banyak membisu. Suasana dalam kereta pun tidak seceria biasa. Tidak lama kemudian, si gadis meminta kekasihnya berhenti sekejap di tepi jalan kerana dia ada sesuatu utk dibincangkan. Dia mengatakan perasaannya sudah berubah dan dia mahu berpisah utk memulakan kehidupan baru. Setitis air mata mengalir di pipi si lelaki yg hatinya remuk kecewa. Harapanya utk bersama si gadis selamanya hancur berkecai. Si lelaki kemudian mencatatkan sesuatu dalam sekeping nota dan melipatnya. Dia kemudian menghulurkan kepada si gadis. Pada masa yg sama, sebuah lori yg pemandunya mabuk sedang memecut laju dan melanggar kereta pasangan kekasih tersebut. Hentamannya terkena tepat di kerusi pemandu, dan membunuh si lelaki serta merta di tempat kejadian. Ajaibnya, si gadis terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan. Teringat kepada nota terakhir kekasihnya, dia pun membukanya dengan hati yg berdebar. Di dalamnya tercatat:: “Without your love, I would die.” Tanpa cintamu, aku akan mati……….


Satu pasangan kekasih sedang memecut melebihi 100 km/jam di jalanraya. Gadis : Perlahankanlah sikit moto nie..saya takut la.. Si Lelaki : Tak nak..bawak laju-laju macam nie ler seronok.. Gadis : Tak..tak seronok pun..tolonglah..saya takut sangat nie.. Si Lelaki : Kalau awak nak saya perlahankan motosikal nie..awak kena kata awak cintakan saya dulu.. Gadis : Ok. Saya cintakan awak ! Si Lelaki : Ok..sekarang peluk saya kuat-kuat. * Si Gadis Memeluk Lelaki tadi dengan erat * Si Lelaki : Awak..boleh awak tolong tanggalkan topi keledar saya tak?? Kemudian pakaikan kat awak..Saya rasa tak selesa lah.. ——————————————————————————– Dalam surat khabar keesokkan harinya : Sebuah motosikal telah berlanggar dengan satu bangunan akibat kegagalan fungsi brek. Dua mangsa yang terlibat dalam kemalangan tersebut, dan hanya satu daripada mereka terselamat. ——————————————————————————– Kisah sebenarnya, semasa sedang menuruni jalan tersebut, Si Lelaki telah mendapati yang brek motosikalnya tak berfungsi, tetapi dia tidak mahu kekasihnya tahu. Sebaliknya, dia meminta kekasihnya tadi mengungkapkan perkataan ” Saya cintakan awak” dan merasakan dakapan terakhir kekasihnya, dia juga memberikan topi keladernya kepada Si Gadis mengharapkan kekasihnya itu selamat..walaupun itu bereti dia akan terkorban. Jadi sekiranya anda ada seseorang yang amat anda cintai dan ambil berat, beritahu dia yang anda cintakannya. Semoga kita masih punya waktu untuk mengucapkannya......



Dialog Filem Puteri Gunung Ledang “Kanda lupa cinta dinda seagung maya” – Hang Tuah “Cinta kanda? Bukan semesta luasnya?” – Gusti Putri “Masih kecil berbanding cinta dinda!” – Hang Tuah “Tapi kanda ke mari juga” – Gusti Putri “Laksana orang haus dahaga, berjumpa air satu telaga” – Hang Tuah “Setapak melangkah, dua langkah ingatan kanda pada dinda” – Hang Tuah “Adinda bersumpah jikalau kekanda tidak kembali, adinda akan menyusul kekanda, meminjak pada tanah yang sama, bernafas pada udara yang sama ” – Puteri Gunung Ledang “Apakan daya, tangan terikat dilangit, kaki terpasak dibumi, jasad tidak setanding mimpi” ~ Hang Tuah “Layar berbelok-belok, sauh dibungkar di tempat tenang..Yang tinggal hati tak elok, yang pergi hati tak senang. Bila sampai waktu, kita akan bersama” – Hang Tuah “Tanah mana yang aku pijak? Berdirinya aku kasih berguguran…Pasir mana yang aku genggam? Erat tanganku semakin layu..Bunga berkembang..bumi luas aku seorang… “Kalau nak menurut biar berakal,kalau mengikut biar pintar” (Petikan dialog M.Nasir dalam filem Puteri Gunung Ledang) “Kesemuanya hamba susun supaya rambut yang ditarik, tepung tidak berselerak. Semua hati di Melaka ini hamba jaga” ~ Dato’ Bendahara “Bumi di Melaka ini bumi berdaulat. Sehiris luka yang beta terima, seMelaka sakitnya dirasa” ~ Sultan Melaka


 Seorang wanita dan kekasihnya bernikah dan acara pernikahannya sungguh megah. Semua kawan-kawan dan keluarga mereka hadir menyaksikan dan menikmati hari yang berbahagia tersebut. Suatu acara yang luar biasa dan sungguh mengesankan. Mempelai wanita begitu cantik dan anggun dalam gaun putihnya dan pengantin lelaki dengan tuxedo hitam yang gagah. Setiap pasang mata yang memandang setuju mengatakan bahawa mereka sungguh-sungguh saling menyintai dan sepadan. Beberapa bulan kemudian, si isteri berkata kepada suaminya: “Abang, sayang baru membaca sebuah artikel dalam majalah tentang bagaimana memperkuatkan hubungan dan tali pernikahan kita”, katanya sambil menunjukkan majalah tersebut. “Masing-masing kita akan mencatatkan hal-hal yang kurang kita sukai dari pasangan kita. Kemudian, kita akan membahas bagaimana kita mengubah hal-hal tersebut dan membuatkan perkahwinan kita bersama lebih bahagia…”. Suaminya setuju dan mereka mula memikirkan hal-hal dari pasangannya yang tidak mereka sukai dan berjanji tidak akan tersinggung ketika pasangannya mencatat hal-hal yang kurang baik kerana ia adalah untuk kebaikan mereka bersama. Malam itu mereka sepakat untuk berpisah tidur dan mencatat apa yang terlintas dalam benak mereka masing-masing. Esok pagi ketika sarapan, mereka sedia membincangkannya. “Sayang akan mulai dulu ya”, kata isteri. Ia lalu mengeluarkan senarainya. Banyak sekali yang ditulisnya, sekitar 2 muka surat … Ketika ia mulai membacakan satu persatu hal yang tidak dia sukai mengenai diri suaminya, ia memperhatikan suminya tertunduk dan sedikit airmata bergenang di sisi matanya… mungkin ada sedikit kesedaran pada perwatakannya sebelum ini tanpa disedari… “Maaf bang, apakah sayang harus berhenti ?” tanyanya. “Oh tidak, teruskan …” jawab suaminya. Lalu si isteri melanjutkan membacakan semua yang tersenarai, lalu kembali melipat kertasnya dengan manis di atas meja dan berkata dengan bahagia, “Sekarang giliran abang pula membacakan senarai abang..Sayang sedia mendengarnya” . Dengan suara perlahan dan tersekat-sekat suaminya berkata, “Maafkan abang…Abang tidak mencatat sesuatu pun di atas kertas abang. Abang berfikir bahawa sayang sudah sempurna di sisi abang, dan abang tidak ingin mengubah akan diri sayang. Sayang adalah diri sayang sendiri. Sayang cantik dan baik di sisi abang. Tiada satupun daripada peribadi sayang yang dapati dapati kurang…Abang sayang dan cintakan isteri abang yang dulu dan sekarang dan selama-lamnya selagi hayat abang…..” Si isteri tersentak dan tersentuh hatinya oleh pernyataan dan ungkapan cinta serta isi hati suaminya… bahawa isSuaminya menerima dirinya seadanya. Dia kemudian tertunduk dan menangis… ——————————– Sebelum kita mencari kekurangan orang lain, carilah kekurangan diri sendiri. Adakah kita cukup SEMPURNA untuk dibandingkan dengan orang lain?… Kalau jawapan nya YA, maka kita berbohong atau kita PERASAN. Kerana tiada manusia yang SEMPURNA dalam dunia ini dan sentiasa ada yang perlu diperbaiki….. Hakikatnya orang-orang yang menyayangi diri kita kerana kelebihan kita dan menerima segala kelemahan kita, sudah pastilah orang ini adalah sangat ikhlas menyayangi diri kita…



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya? Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang! Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya. Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang! Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya. Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!” Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar, “Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu. Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.” Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu….



Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?” tanya Dara. “Sudah pasti kamu!” balas Jejaka. “Pada pandangan kamu, aku ini siapa?” tanya Dara lagi. Jejaka diam sejenak, berfikir, lalu menatap Dara dengan tenang dan berkata, “Kamu adalah tulang rusukku! Ada tertulis, Tuhan melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam tidur, Tuhan mengambil rusuk dari Adam dan menciptakan Hawa. Semua lelaki mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, dia tidak lagi merasakan sakit di hati.” Mereka kemudiannya bernikah dan melalui masa-masa yang indah dan manis untuk sesaat. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kepenatan hidup yang kain mendera. Hidup mereka menjadi membosankan. Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari, pada akhir sebuah pertengkaran, Dara membentak, “Kamu tak cintakan aku lagi!” Jejaka sangat membenci ketidakdewasaan Dara dan secara spontan membalas, “Aku juga menyesal menikah dengan kamu! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!” Dara terkedu, berdiri terpaku untuk beberapa saat. Matanya basah. Dia menatap Jejaka, seakan tak percaya dengan apa yang telah didengarnya tadi. Jejaka pula menyesal dengan apa yang sudah dia ucapkan. Tetapi seperti air yang telah tertumpah, ucapan itu tidak mungkin untuk ditarik kembali. Dengan linangan air mata, Dara mengemas barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. “Jika aku bukan tulang rusukmu, aku akan pergi! Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing.” Lima tahun berlalu… Jejaka tidak menikah lagi, tetapi berusaha mencari khabar tentang kehidupan Dara. Khabarnya Dara pernah menikah dengan seseorang selepas itu, tetapi jodohnya tidak panjang juga. Jejaka yang tahu semua tentang Dara, merasa kecewa kerana dia tak pernah diberi kesempatan untuk kembali. Dara tak pernah menunggunya. Suatu malam yang sunyi, saat Jejaka menghirup secawan kopi panas, dia merasakan ada yang sakit di dadanya. Tapi dia tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan Dara. Ditakdirkan mereka bertemu kembali secara tidak sengaja. “Kamu apa khabar?” tanya Jejaka. “Baik-baik saja. Hmm, apakah kamu sudah menemukan rusukmu yang hilang?” tanya Dara spontan. “Belum,” jawab Jejaka sepatah. “Aku akan ke luar negara esok. Mungkin akan pulang dua minggu lagi,” beritahu Dara. “Telefon aku kalau kamu sempat. Kamu tahu nombor telefon rumah kita, bukan? Masih tidak berubah. Dan, tak akan ada yang berubah,” kata Jejaka. Dara tersenyum kemudian berlalu. Seminggu kemudian, Jejaka mendengar khabar bahawa Dara mengalami kemalangan, dan meninggal. Malam itu, sekali lagi, Jejaka menghirup kopi panas dan kembali merasakan sakit di dadanya. Akhirnya dia sedar bahawa sakit itu adalah kerana Dara – tulang rusuknya sendiri, yang telah dengan bodohnya dia patahkan

No comments:

Post a Comment