21 September 2011

aishiteru~bahagia


            Saya banyak melihat pasangan yang sudah tua namun mereka masih amat mesra satu sama lainnya, masih berpegangan tangan saat berbelanja di supermarket, berpelukan saat naik tangga elevator, dan sebagainya. Mereka akrab bersama anak-anaknya saat bercanda di beranda hotel, di restoran-restoran, di rumah-rumah makan, dan di mal-mal. Anak-anaknya pun saling akrab satu sama lainnya.
       keluarga dan pasangan bahagia tidak berarti tidak ada masalah. Ini yang mesti kita tanamkan dalam hati kita. Seperti yang kita ketahui bersama bahwa hidup ini adalah selalu ada masalah. Setiap kita akan menghadapi masalah. Pertanyaan mendasarnya adalah bagaimana kita menyikapi hidup kita ini serta mengisinya untuk kebaikan diri dan bersama.

Keluarga dan pasangan bahagia tidak berarti bahwa tidak pernah akan ada pertengkaran / perselisihan. Kalau kita perhatikan secara seksama, bila diselesaikan dengan baik, perselisihan ini justru lebih mengerat hubungan antar mereka. Krna masing-masing menjadi lebih saling mengerti apa yang diinginkan oleh pihak lain. Selain itu, kita mesti memiliki kepercayaan bahwa setiap kesulitan pasti diiringi oleh kemudahan.

Keluarga dan pasangan bahagia tidak berarti bahwa tidak pernah ada friksi antar individu. Setiap orang meski masih usia balita sekalipun pasti memiliki keinginan untuk dipenuhi. Setiap orang meski sudah sepuh sekalipun pasti masih memiliki pengharapan terhadap orang lain. Oleh karena itu, yang dibutuhkan adalah saling pengertian antar individu dalam keluarga tersebut.

Berikut ini adalah beberapa tips keluarga bahagia :

1. Penuhi hari-hari keluarga Anda dengan senyum. Tiada hari tanpa senyum (tapi jangan senyum sendirian tanpa sebab ya...). Untuk tersenyum, diperlukan ribuan sel dan otot pada wajah yang terlibat dalam satu aktivit sederhana ini. Dengan tersenyum baik kepada diri sendiri - di depan cermin akan lebih terlihat - serta kepada orang lain, akan membuat kita tampil lebih bahagia serta menularkan kebahagiaan ini kepada orang lain.

2. Yakini hari-hari Anda dengan rasa syukur kepada Tuhan Yang Maha Pemberi. Anda telah diberikan banyak karunia serta pemberian yang tidak terhitung jumlahnya. Yakinlah bahwa apa yang telah dimiliki hari ini adalah yang terbaik yang bisa kita dapatkan. Dengan demikian, kita akan senantiasa berterima kasih kepada Tuhan serta kepada keluarga yang telah mendampingi kita selama ini.

3. Tanamkan ke dalam diri bahwa diri Anda dan keluarga Anda adalah manusia dan keluarga terbaik yang pernah kita miliki seumur hidup Anda. Dengan menanamkan pengertian seperti ini, maka dada kita akan dipenuhi dengan kebanggaan kepada diri sendiri serta semangat untuk terus menjaga status terbaik ini dengan penuh rasa suka cita.

4. Penuhi keluarga Anda dengan saling hormat satu sama lain agar terjalin komunikasi yang baik dan lancar, meski dengan anak Anda yang masih balita sekalipun. Tahukah Anda bahwa mereka adalah perekam ingatan terbaik? Bila Anda tanamkan kepada mereka rasa respek, saling menyayangi serta hormat satu sama lain, Anda sedang mencetak calon pengisi keluarga masa depan yang berbahagia pula!

tips / cara membuat pasangan bahagia:
berikut ini akan lebih spesifik terhadap Anda dan pasangan Anda,

1. Mengerti apa keinginan pasangan Anda. Bukan hanya sekedar dihafalkan, melainkan dimengerti apa, mengapa, dan bagaimana pasangan Anda ingin diperlakukan, didengarkan, serta dimanjakan. Hal inilah yang akan membuat Anda pasangan yang saling mengerti satu sama lain.

2. Mengerti apa bahasa cinta pasangan Anda. Apakah sentuhan fisik, pujian dan sanjungan, hadiah yang dia sukai, atau kebersamaan Anda bersama pasangan Anda? Hal ini merupakan faktor efektivitas hubungan yang sangat penting. Bayangkan bila pasangan Anda sebenarnya memiliki bahasa cinta hadiah, namun yang senantiasa Anda berikan adalah pujian betapa ganteng / cantiknya Anda.







rupa2nya~~

image

 "Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir. Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir. Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun. Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK. Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir. Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH... heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...

19 September 2011

keserupaan~

 Sepasang suami isteri baru bercerai dan mereka bertengkar untuk tentukan hak penjagaan anak tunggal mereka. pas tu mereka pun pegi ke pejabat agama, jumpa kadi nak minta nasihat.
Kadi tanye kat pompuan tu. Kenapa awak rasa awak yang paling layak bela anak tu? Pompuan tu jawab Saya yang mengandungkan anak tu. saya yang melahirkan anak tu. dia keluar dari perut saya.
Si jantan (suami) terkedu sebab dia tau pas ni kadi akan tanye dia lak. ahhh sudah mende aku nak goreng kadi ni Kadi pun tanye si jantan Hah.. kamu. bagi alasan kenapa anak tu kamu yang patut bela?
Tuan kadi kalaulah saya ada syiling seringgit, dan saya masukkan dalam vending machine, pas saya tekan satu butang pilihan, maka keluarlah setin air minuman. Saya nak tanye tuan.. air tin yang keluar dari mesin tu hak saya atau hak mesin?
Jawab kadi.. Hak kamu le.. Jantan tu kata lak.. Hah; sama le kes ni pun...

Relationship

14 September 2011

Guru Bagi Maksud Cinta =)

BILA GURU MENTAFSIR CINTA.. ^__^
GURU FIZIK Cinta adalah merupakan daya tarik – menarik antara kutub positif (lelaki) ke kutub yang tak sejenisnya (tentulah sidia)
GURU BIOLOGI Cinta merupakan cara mempelajari hubungan antara makhluk hidupan dengan lingkungannya
GURU KIMIA Cinta merupakan tindakbalas kimia yang tidak diketahui unsurnya
GURU MATEMATIK Cinta adalah satu cara untuk menentukan daerah ketidaksamaan antara dua garis yang tidak sejajar
GURU PENDIDIKAN ISLAM Jangan sekali-kali meninggalkan cinta tetapi jangan terlalu dekat padanya kerana hidup ini penuh dengan iblis dan syaitan yang sanggup menggoda manusia untuk membuat dosa dan cinta adalah sasaran dosa (cinta la YG 1 ALLAH itu cinta yg hakiki dpt kan cinta yg halal d dunia dan akhirat)
GURU PENDIDIKAN MUZIK Cinta adalah ibarat irama dan lagu yang tidak dapat dipisahkan
GURU EKONOMI Cinta merupakan keperluan manusia yang harus dipenuhi sama ada secara langsung atau tidak langsung
GURU SEJARAH Cinta hanya akan menjadi cinta sekiranya ianya tepat dan benar. Tapi jangan lupa jika ada sebab, pasti ada akibatnya.
GURU GEOGRAFI Cinta adalah seperti 4 musim yang melanda kebanyakan Negara Eropah….kadangkala berbunga, kadangkala panas, kadangkala dingin dan kadangkalanya luruh
GURU BAHASA Cinta dianggap indah kerana di dalamnya ada satu kesatuan yang harmonis antara bentuk bahasa dan isinya
Yg pasti tafsir la cinta mengikut kehendak Allah yg satu…bertemu berpisah semua kerna Allah….. Indah ya cinta kalau agama d serta bersama…cinta ALLAH DAN RASUL ADLH YG UTAMA DAN D'UTAMA JGN TERPEDAYA KERNA CINTA DUNIA YG SEMENTARA.............

9 September 2011

AWAS!!! JANGAN MENGHADAP KOMPUTER LEBIH DARI 5JAM

Sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menhgadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka  mati lebih awal. Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.

Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti terkumpul berkaitan dengan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.

“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.

Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.

Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama  dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis.


Persismu permata berlian menjadi rebutan pejuang keutuhan yang tersimpan di balik tabir yang tenang Keayuan yang terpancar disinar cahaya iman itulah muslimah harapan muslimah harapan... Gerak langkahnya yang sopan disulam zikir di ingatan keyakinan yang mendalam menjadi tangan perjuangan Jasad hayatnya diserahkan untuk sebuah perjuangan itulah muslimah harapan Muslimah puteri harapan dikaulah harapan membela Islam yang mulia muslimah puteri harapan dikaulah cahaya menjadi lambang Islam yang gemilang... Puteri harapan serikandi Islam tetaplah kau dalam perjuangan menjadi sayap kiri di medan meneguhkan benteng pertahanan Islam Gamitan leka duniawi tersungkur jauh di hatimu kau sematkan kecintaan yang mendalam terhadap Tuhanmu...jaga untuk suami tersayang kau didik generasi mendatang untuk agama tercinta.....
APA ITU CINTA
Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia. Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu.

Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai. Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.
Sifat Cinta

Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya. Sifat cinta itu sempurna. Jika tidak, cinta akan cacat. Itulah cinta sebenar cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan


Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia

Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi. Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami. Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta. Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.
Cinta Itu Indah

Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik. Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.
Cinta Itu Mengharap Balasan

Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari, bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali. Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki


Sifat cinta itu ingin menguasai. Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya. Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai. Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.
Cinta Itu Mengetahui

Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui. Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya. Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan. Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

! mya ♥