21 September 2011

no.peribadi?


  • Seorang ahli fizik yang juga merupakan pengasas terapi warna di Malaysia, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan. Menurut beliau,nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah. Menurut beliau lagi, setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet di mana kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang.

    ...Jom kita baca huraian beliau tentang rahsia nombor dan kegunaannya.



    1 – Satu

    Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan.
    Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang.
    Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.

    2 – Dua

    Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh.
    Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu.
    Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan.
    "Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah….tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.

    3 – Tiga

    Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan.
    Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk.
    Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah.
    Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya.
    Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.

    4 - Empat

    Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi.
    Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.

    5 – Lima

    Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi.
    Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan.
    Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan.
    Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.

    6 – Enam

    Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk.
    666 adalah lambang syaitan – gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran.
    Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib.
    Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.

    7 – Tujuh

    Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu.
    Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan.
    Caranya mudah – palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.

    8 –Lapan

    Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya – untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap.
    Sebabnya…. kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian.
    Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.

    9 – Sembilan

    NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap.
    Tapi, jangan bimbang….walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!

    10 atau 0

    Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir.
    Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Ppencipta memilikinya.


    Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda.

    Misalnya 12-12-1969

    1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4)

    Jadi nombor peribadi anda adalah 4.



    p/s : Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri.



    Picture of Number One - Free Pictures - FreeFoto.com

aishiteru~bahagia


            Saya banyak melihat pasangan yang sudah tua namun mereka masih amat mesra satu sama lainnya, masih berpegangan tangan saat berbelanja di supermarket, berpelukan saat naik tangga elevator, dan sebagainya. Mereka akrab bersama anak-anaknya saat bercanda di beranda hotel, di restoran-restoran, di rumah-rumah makan, dan di mal-mal. Anak-anaknya pun saling akrab satu sama lainnya.
       keluarga dan pasangan bahagia tidak berarti tidak ada masalah. Ini yang mesti kita tanamkan dalam hati kita. Seperti yang kita ketahui bersama bahwa hidup ini adalah selalu ada masalah. Setiap kita akan menghadapi masalah. Pertanyaan mendasarnya adalah bagaimana kita menyikapi hidup kita ini serta mengisinya untuk kebaikan diri dan bersama.

Keluarga dan pasangan bahagia tidak berarti bahwa tidak pernah akan ada pertengkaran / perselisihan. Kalau kita perhatikan secara seksama, bila diselesaikan dengan baik, perselisihan ini justru lebih mengerat hubungan antar mereka. Krna masing-masing menjadi lebih saling mengerti apa yang diinginkan oleh pihak lain. Selain itu, kita mesti memiliki kepercayaan bahwa setiap kesulitan pasti diiringi oleh kemudahan.

Keluarga dan pasangan bahagia tidak berarti bahwa tidak pernah ada friksi antar individu. Setiap orang meski masih usia balita sekalipun pasti memiliki keinginan untuk dipenuhi. Setiap orang meski sudah sepuh sekalipun pasti masih memiliki pengharapan terhadap orang lain. Oleh karena itu, yang dibutuhkan adalah saling pengertian antar individu dalam keluarga tersebut.

Berikut ini adalah beberapa tips keluarga bahagia :

1. Penuhi hari-hari keluarga Anda dengan senyum. Tiada hari tanpa senyum (tapi jangan senyum sendirian tanpa sebab ya...). Untuk tersenyum, diperlukan ribuan sel dan otot pada wajah yang terlibat dalam satu aktivit sederhana ini. Dengan tersenyum baik kepada diri sendiri - di depan cermin akan lebih terlihat - serta kepada orang lain, akan membuat kita tampil lebih bahagia serta menularkan kebahagiaan ini kepada orang lain.

2. Yakini hari-hari Anda dengan rasa syukur kepada Tuhan Yang Maha Pemberi. Anda telah diberikan banyak karunia serta pemberian yang tidak terhitung jumlahnya. Yakinlah bahwa apa yang telah dimiliki hari ini adalah yang terbaik yang bisa kita dapatkan. Dengan demikian, kita akan senantiasa berterima kasih kepada Tuhan serta kepada keluarga yang telah mendampingi kita selama ini.

3. Tanamkan ke dalam diri bahwa diri Anda dan keluarga Anda adalah manusia dan keluarga terbaik yang pernah kita miliki seumur hidup Anda. Dengan menanamkan pengertian seperti ini, maka dada kita akan dipenuhi dengan kebanggaan kepada diri sendiri serta semangat untuk terus menjaga status terbaik ini dengan penuh rasa suka cita.

4. Penuhi keluarga Anda dengan saling hormat satu sama lain agar terjalin komunikasi yang baik dan lancar, meski dengan anak Anda yang masih balita sekalipun. Tahukah Anda bahwa mereka adalah perekam ingatan terbaik? Bila Anda tanamkan kepada mereka rasa respek, saling menyayangi serta hormat satu sama lain, Anda sedang mencetak calon pengisi keluarga masa depan yang berbahagia pula!

tips / cara membuat pasangan bahagia:
berikut ini akan lebih spesifik terhadap Anda dan pasangan Anda,

1. Mengerti apa keinginan pasangan Anda. Bukan hanya sekedar dihafalkan, melainkan dimengerti apa, mengapa, dan bagaimana pasangan Anda ingin diperlakukan, didengarkan, serta dimanjakan. Hal inilah yang akan membuat Anda pasangan yang saling mengerti satu sama lain.

2. Mengerti apa bahasa cinta pasangan Anda. Apakah sentuhan fisik, pujian dan sanjungan, hadiah yang dia sukai, atau kebersamaan Anda bersama pasangan Anda? Hal ini merupakan faktor efektivitas hubungan yang sangat penting. Bayangkan bila pasangan Anda sebenarnya memiliki bahasa cinta hadiah, namun yang senantiasa Anda berikan adalah pujian betapa ganteng / cantiknya Anda.







rupa2nya~~

image

 "Pada satu hari, Dracula dibunuh dan dia telah dibawa berjumpa ahli sihir. Ahli sihir enggan membenarkan Drakula masuk ke dalam gengnya kerana dosa2 nya membunuh dan menghisap darah manusia. Saya akan beri kamu satu lagi peluang untuk menebus semua dosa yg telah kamu lakukan" kata ahli sihir. "Saya akan hantar kamu balik ke bumi, TETAPI kamu tidak akan berupa manusia. Kamu hanya akan dijelma ke "benda" bernyawa. Jadi apa yang kamu pilih..?", tanya ahli sihir. Okay.. saya nak menjadi BENDA BERNYAWA YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH,heh...heh...heh...". Ahli sihir pun bersetuju dan menukar drakula menjadi KELAWAR PONTIANAK. Ke bumi dracula pergi, terbang ke sana sini sehingga suatu hari dia dibunuh oleh seorang pekebun. Sekali lagi dia dibawa menghadap ahli sihir. "Saya akan memberi satu lagi peluang" kata ahli sihir. "Saya akan hantarkan kamu balik ke bumi, tetapi bukan sebagai manusia atau kelawar. Jadi apa pilihan kamu?". Dengan sipu2 Dracula ini menjawab "Saya nak jadi jugak BENDA HIDUP YANG BERSAYAP DAN MENGHISAP DARAH!". Ahli sihir fikir sekejap dan kata "Kalau itu yg awak mahu" dan menukarkan Dracula menjadi NYAMUK. Ke bumi Dracula pergi, terbang ke sana sini menghisap darah haiwan sehingga suatu hari SPLAT! dia dibunuh oleh mangsanya. Dracula terasa bodoh sangat bila berhadapan ngan ahli sihir buat kali ke-3. "Saya akan memberi awak peluang terakhir untuk bertaubat" kata ahli sihir "Tetapi KALI INI kamu hanya dapat menjadi BENDA YANG TIDAK BERNYAWA. So,apa dia kali ini?" Tanya ahli sihir. Dracula yg masih degil ini menjawab, "ok, ok.. tolong tukarkan saya kepada BENDA TAK BERNYAWA, BERSAYAP DAN HISAP DARAH... heh.. heh.. heh..". "No problem" kata ahli sihir dan terus menukar Dracula menjadi Tuala Wanita WING MAXI PAD. heheheheheheeeee...