Sebuah portal menyiarkan dapatan kajian yang mendakwa seseorang yang menghabiskan waktu lebih daripada 5 jam sehari di depan komputer akan menhgadapi masalah jantung dan menyebabkan mereka mati lebih awal. Punca utamanyanya ialah posisi duduk, terutamanya duduk bersandar, yang merupakan posisi umum ketika seseorang sedang bekerja menghadap komputer, bermain permainan video/komputer, ataupun ketika menonton televisyen.
Kajian tersebut dijalankan oleh Emmanuel Stamatakis dari University College London, Britain. Beliau melakukan penelitian terhadap lebih daripada 4.500 orang respondan yang berusia 35 tahun ke atas dan hasilnya diterbitkankan di Journal of the American College of Cardiology. Kajian ini menambah bukti-bukti terkumpul berkaitan dengan risiko dan bahaya duduk dalam jangka masa yang lama.
“Orang yang menghabiskan waktu lebih daripada 4 jam berturut-turut sehari di depan komputer/televisyen memiliki peluang 125 peratus lebih tinggi mati akibat penyakit jantung berbanding dengan mereka yang hanya menghabiskan waktu kurang daripada 2 jam di depan komputer/televisyen,” kata Stamatakis, seperti yang disiarkan dalam Examiner, 20 April 2011.
Kajian juga mendapati posisi duduk menyebabkan penurunan 90 peratus lipoprotein lipase dan enzim jantung yang sihat. Pembengkakan dan masalah metabolisme yang disebabkan oleh ketidakatifan dalam waktu panjang juga menjadi sumber permasalahan.
Antara solusi yang dicadangkan bagi mereka yang terpaksa bekerja di depan komputer sepanjang hari, “Anda harus bangun setiap 20 minit dan berjalan kaki sejenak. Pergerakan itu akan mengurangkan masalah-masalah yang timbul daripada duduk yang lama dan mungkin akan meningkatkan peluang anda untuk hidup lebih lama” kata Stamatakis.
No comments:
Post a Comment