17 August 2011

dengar lah~

kisah ini terjadi disuatu pagi yang cerah… . mungkin tidak begitu cerah untuk seorang ayah yang kebetulan memeriksa bilik tidur anak gadisnya… yg berumur 17thn Dia mendapati bilik itu cukup kemas dan rapi, dengan sekeping sampul surat yg bertuliskan untuk a...yah diatas meja bacaan.. perlahan dia mula membuka surat itu… ——————————————————– Ayahku yg tercinta, Aku menulis surat ini dengan perasaan ...sedih dan sangat menyesal. Saat ayah membaca surat ini, aku telah pergi meninggalkan rumah. Aku pergi bersama kekasihku, dia lelaki yang baik, setelah bertemu dia..ayah mesti setuju walaupun penuh dgn tatto2 ganas ditubuhnya, Dia sudah cukup dewasa walaupun belum begitu tua (aku fikir zaman sekarang 42 tahun tidaklah terlalu tua). Dia sangat baik terhadapku, lebih2 lagi dia akan jd ayah kpd kandunganku ini. Dia memohonku untuk membiarkan anak ini lahir dan kita akan membesarkannya bersama. Dia punya bisnes perdagangan extacy yang sangat luas, dia juga telah meyakinkanku bahawa marijuana itu tidak begitu buruk. Kami akan tinggal bersama sampai mati memisahkan kami. Aku yakin bahawa para doktor akan menemukan ubat untuk AIDS jadi dia akan segera sembuh. Aku tahu dia juga ada perempuan lain tapi aku percaya dia akan setia padaku dengan cara yang berbeza. Ayah.. jangan risau akan keadaanku. Aku sudah 18 tahun sekarang, aku tahu menjaga diriku. Salam sayang untuk ayahku dan ibuku yg trcinta. Oh ya sebelum aku terlupa, berikan semua teddy bear dlm bilik ku ini untuk adikku yg sgt2 inginkannya… … —————————- Keadaan si ayah bagaikan nk tercabut jantungnya ketika itu… … ..lalu perlahan2 membuka muka surat kedua surat itu… dgn keadaan terketar2 si ayah membaca… … . PS: Ayah, .. tidak ada satu pun dari yang aku tulis diatas itu benar, aku hanya ingin menunjukkan hal yg lebih mengerikan daripada nilai report kad ku yg buruk. Kalau ayah sudah menandatangani reportku diatas meja, panggil aku ya… Aku berada dirumah jiran sebelah jer… .

No comments:

Post a Comment