8 September 2011

Peminangan Pendahuluan Pernikahan.(¯`♥´¯)

♥ ★⋰Peminangan yang mengikut Sunnah⋰★♥ ╚═══════════════════════════╝ ♥ ★⋰

Peminangan yang lebih berkat kepada seorang gadis adalah sebagaimana yang mengikut sunnah iaitu : ╚» dengan MEMULIAKAN HAK WALI. Ia bermaksud menyatakan hasrat melalui perantaraan wali atau dalam pengetahuan wali. ♥ ★⋰Apabila Rasululah صلى الله عليه و سلم ingin menikahi Aisyah r.ha (satu-satunya wanita yang dinikahi ketika masih gadis), Rasulullah صلى الله عليه و سلم menyatakan hasratnya itu kepada Abu Bakar as-Siddiq. Keelokan peribadi Aisyah r.ha diketahui dan dikenali melalui orang tengah iaitu Khawlah binti Hakim, bukannya melalui berkawan dengan Aisyah r.ha sendiri. ♥ ★⋰Manakala dalam peminangan terhadap JANDA pula, Rasulullah صلى الله عليه و سلم banyak menggunakan khidmat orang tengah dan merujuk walinya sendiri. Namun Baginda صلى الله عليه و سلم juga pernah menyatakan hasratnya secara langsung kepada calon tersebut seperti pinangan Baginda صلى الله عليه و سلم terhadap Ummu Hani' binti Abi Talib. Walaubagaimanapun pinangan Baginda itu ditolak. 

╔══════════ஜ۩۞۩ஜ═════════╗ 

♥ ★⋰Dasar dan Hukum Peminangan.⋰★♥ 


          ╚═════════════════════════╝ ♥ ★⋰

Daripada al-Mughirah r.a, sesungguhnya dia pernah meminang perempuan, lalu Nabi صلى الله عليه و سلم bersabda kepadanya: "Lihatlah perempuan itu dahulu kerana sesungguhnya melihat itu lebih cepat membawa kepada kekalnya cinta antara kedua-duanya." [Riwayat al-Nasa'ie dan Tirmizi] ♥ ★⋰Wali tidak boleh memaksa tetapi boleh mencadangkan calon yang baik kepada puterinya seperti Nabi Shu'aib yang berkenan kepada Nabi Musa sebagai calon menantu. Namun begitu, wali tidak boleh memaksa puterinya menerima calon yang TIDAK disukai, samada puterinya itu GADIS ataupun JANDA. ♥ ★⋰Pernah terjadi satu kisah seperti yang diriwayatkan satu kisah, bahawa seorang wanita pergi menemui Aisyah r.ha. Beliau berkata kepadanya: "Bapaku telah mengahwinkan aku dengan anak saudaranya untuk menghilangkan kehinaannya sedangkan aku tidak menyukainya." ♥ ★⋰Maka Aisyah r.ha berkata: "Duduklah sehingga Rasulullah صلى الله عليه و سلم datang." Setelah Rasulullah صلى الله عليه و سلم datang, Aisyah memberitahu Baginda lalu Rasulullah صلى الله عليه و سلم mengutus seseorang kepada bapa wanita itu dan menjemputnya datang. Rasulullah memberikan hak membuat keputusan kepada wanita itu. Wanita itu berkata: " Wahai Rasulullah! Saya telah reda dengan apa yang dilakukan oleh bapaku, tetapi saya cuma ingin mengetahui, adakah ada hak bagi wanita untuk membuat ketetapan?" ♥ ★⋰Dalam riwayat yang lain: "Saya inginkan kaum wanita mengerti bahawa bukan bapa yang berhak untuk membuat ketetapan." [Riwayat al-Nasa'ie] 


╔═════════ஜ۩۞۩ஜ════════╗


 ♥ ★⋰Nasihat buat para REMAJA.⋰★♥ 


         ╚═══════════════════════╝ ♥ ★⋰

Muliakan ibubapamu. Raikan ibu bapa si dia. Dahulukan mereka dalam urusan peminangan dan pertunangan. InsyaALLAH bi iznillah, urusanmu ini lebih berkat dan mengikat. ♥ ★⋰Moga keberkatannya berpanjangan sepanjang alam perkahwinan. Ingatlah, sesungguhnya sukar mencari bahagia tanpa restu orang tua.

cmt ari aye!!



Taqabbalallahu minna wa minkum.
Ja’alanallahu wa iyyakum minal ‘aidina wal faizina
kullu ‘amin wa antum bi khairin.
Artinya: “Semoga Allah menerima amal ibadah kita semua.
Semoga Allah memberikan restunya kepada kita semua.
Selamat Hari Raya, selamat berbahagia,
Mudah-mudahan anda setiap tahun selalu dalam kebaikan.”



wanita solehah..

cantiknyaaaa...


CANTIKNYA WANITA ITU SEBAGAI GADIS BKN KRN MERAH KILAUAN LIPSTIK PD BIBIR MEKAR SENYUMAN KOSMETIK, TTP PADA KEPERIBADIAN YG TERPELIHARA KELEMBUTAN KESOPANAN MENGHIASI JIWA CANTIKNYA WANITA ITU SEBAGAI SEORG REMAJA TDK PADA KULIT GEBU TERDEDAHUTK MENGGODA PANDANGAN NAFSU SEMATA-MATA TTP PADA KHDPAN TERJAGA DR MNJADI MANGSA TOHMAHAN DUNIA CNTIKNYA SEORG WANITA ITU SEBAGAI HAWA TDK KERNA BIJAK MERUNTUN IMAN KAUM ADAM, SHGGA TRUNKAN INSAN KE DUNIA TTP MENJADI PEMBAKAR SEMANGAT PERWIRA , MENJADI TUNJANG PERJUANGAN SYUHADA CANTIKNYA SEBAGAI ANAK TDK MENJERATKAN DIRI DLM LEMBAH KEDERHAKAAN MENGALIR MUTIARA DI KELOPAK MATA TTP MENJADI PENYELAMAT IBU BAPA, PADA HARI KEBANGKITAN BERMULA



17 August 2011

Sepuluh Tanda Kita Dah Tua

1. Dulu,kalau nak membaca… dari jauh pun bolehbaca.Sekarang dekat-dekat tak nampak… .kena jauh-jauh sikit. 
2. Dulu kalau nak kencing,dari jauh… suuurrrrr!!!!!masuk… ..!!!!.Sekarang,kalau nak kencing,kena dekat-dekat,pelan-pelan lepas… baru masuk…
3. Dulu,masa tidur menghadap muka… rapat-rapat,sekarang,berlaga punggun g saje… itu pun dah kira rapat sangat dah tu…
4. Dulu,mana-mana pergi mesti bawa minyak wangi ( dalam kereta ke, handbag ke..),sekarang, bawa juga… tapi minyak angin la…
5. Dulu,pakai baju mesti sama… sama color,sama design,sama brand… sedondon… Sekarang,”Asal kau ada baju nak pakai udah le… !” 
6. Dulu,kalau nak kemana-mana,sanggup tunggu bini sampai sejam iron tudung… pakai tudung… .. Sekarang, “Alah… you pakai yang “wrinkle free” tu je la… .!” ( dalam hati… macam la ada orang nak tengok dia… hiyyyy!!!Malam tadi tak mau nak gosok… lembab!!) 
7. Dulu sanggup jalan berbatu-batu teman bini shopping,sekarang… tunggu dalam kereta jer. Kejap-kejap SMS… “Lama lagi ker?” “Apa aje yang you cari nie… ?” 
8. Dulu,hebat… .!!!sebulan sampai 12 kali… ,sekarang,kalau dapat 12 bulan sekali pun kira hebat juge… 
9. Dulu, menunggu pun dah keras… sekarang,menunggu nak keras… . 
10. Dulu,isteri nak tidur pakai shorts pun tak boleh,suruh buke… jangan pakai apa-apa. Sekarang,isteri nak tidur pakai kemban pun kena suruh buke juga… . ”Pakai baju yang senonoh sikit tak boleh ker… ?

nuzul Al-Quran~


Sejarah al-Quran:  
Antara  peristiwa agung dalam sejarah umat Islam di bulan Ramadan ialah turunnya kitab suci al-Quran atau disebut Nuzul al-Quran. Ia dirakamkan dalam al-Quran, melalui firman Allah yang bermaksud: “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah al-Baqarah, ayat 185) 
Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, di Gua Hira’ tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad saw.

Al-Quran merupakan mukjizat yang paling besar yang dikurniakan kepada Nabi saw. Kita hendaklah beriman dan mempercayai isi kandungan al-Quran. Beriman dengan al-Quran merupakan salah satu dalam Rukun Iman.
Erti Nuzul al-Quran: 
‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah, iaitu berpindah dari tempat sebelah atas ke tempat di sebelah bawah.‘Al-Quran’ pula bermaksud bacaan atau himpunan. Ia dikatakan sebagai bacaan kerana al-Quran itu untuk dibaca oleh manusia. Ia juga dikatakan himpunan kerana dalam al-Quran itu terhimpun ayat-ayat yang menjelaskan pelbagai perkara yang meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, munakahat dan sebagainya.1


Nama-Nama Lain:


Selain disebut al-Quran, ia  juga disebut al-Kitab, al-Furqan, An-Nur, al-Zikr dan lain-lain.
 Proses Penurunan al-Quran: Al-Quran diturunkan beransur-ansur dalam masa 23 tahun.13 tahun di Makkah dan 10 tahun di Madinah. Kehebatan al-Quran:
1.         Allah berfirman yang bermaksud: “Katakanlah wahai Muhammad, sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun dengan tujuan hendak membuat dan mendatangkan sebanding dengan al-Quran ini, mereka tidak akan dapat membuat dan mendatangkan sebanding dengannya walaupun mereka bantu-membantu sesama sendiri.” (Surah al-Israa’, ayat 88)
2.         Orang yang membaca, menghafaz dan melihat sambil memikirkan keajaiban yang ada pada susunannya diberikan pahala.
3.         Al-Quran sumber hidayah bagi kebahagiaan hidup manusia di dunia dan di akhirat.
4.         Tidak sesiapa pun sama ada di kalangan manusia atau jin yang mampu mencipta  ayat yang menyerupai al-Quran. Firman Allah yang bermaksud: “ dan jika kamu merasa ragu-ragu dengan apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami, bawalah satu surah yang seumpamanya, ajaklah saksi-saksi (penolong-penolong) kamu, selain Allah, sekiranya kamu (di kalangan) orang yang benar.”(al-Baqarah, ayat 23).
5.         Al-Quran merupakan mukjizat tertinggi dan teristimewa yang hanya dikurniakan kepada Nabi saw.
6.         Manusia belum mampu menyelami dan menerokai rahsia al-Quran secara menyeluruh sehingga hari ini. Ini bererti sifat kehebatan, kesaktian, keagungan dan keunggulan al-Quran secara tersendiri dengan pengertiannya yang amat luas dan mendalam  kekal terpelihara hingga kiamat.
7.         Al-Quran sebagai petunjuk jalan kebenaran. Membawa manusia daripada kegelapan kepada cahaya yang terang. Allah berfirman yang bermaksud: “Inilah Kitab yang tiada keraguan padanya, menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.” (al-Baqarah, ayat 2)2 
8.         Membaca al-Quran mendapat ganjaran pahala dan syafaat daripada Allah. Rasulullah saw bersabda dengan maksud: ‘Bacalah al-Quran, sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya.”
  Tuntutan al-Quran: Sesungguhnya al-Quran mempunyai tiga hak yang wajib ke atas umat Islam untuk menunaikannya. 
  1. Hak untuk membaca dan bertilawah kepadanya.
  2. Hak untuk bertakbir atau memahami makna dan menjiwai kehidupan.
  3. Hak untuk beramal dengan seluruh isi kandungannya.
   Peringatan: 
  1. Al-Quran untuk dibaca buka dijadikan perhiasan.
  2. Al-Quran tidak menjadi syifa’ (ubat) bagi orang yang ingkar dan zalim.
  3. Al-Quran menjadi petunjuk kepada orang-orang yang bertakwa.
  4. Hati yang keras boleh dilembutkan dengan hidayah al-Quran dengan keizinan Allah.
  5. Pesan Nabi saw: Aku tinggalkan dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duannya, nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya, iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan Sunnahku (al-Hadis).
     Semoga Ramadan kali ini membawa rahmat buat kita semua. Amin.