Ya Allah aku tahu Dikau dekat tapi aku menyebabkan jarak itu makin jauh kerna melakukan dosa yang ku lakukan....
Bila Dikau melambai padaku ku berlari mengejar Mu akan tetapi dikau makin jauh kerna ku adalah hamba yang tidak mengenal erti bersyukur pada Mu
Ya Allah ampunilah dosa-dosa hamba ini kerna ku begitu mengasihi dan menyanyangi dari apa pun.
Sendiri melayan sepi malam kehampaan kian melekat dijiwa resah yang tidak bertepi..
sisa yang tertinggal terus dikutip agar menggunung kembali harapan yang kian condong hanya tinggal saat untuk rebah ke bumi
Dosa yang sering mengalir dari tubuh menyesakkan dada sungguh hina diri ini gagal menjadi hambaNYA yang menepati janji diri yang naif sering terlupakan Ya Illahi
berdosanya diri.. kerana ada ketika hati melupakanNYA tetapi Ya Illahi tidak pernah walau sesaat melupakan HambaNYA..
malunya diri ini... berulang-ulang kali kembali melakukan kesalahan dan Ya Illahi.. berulang-ulang kali memaafkan kelalaian hambaNYA
Bangkit menuju Illahi rasa hampa dinyatakan rasa gundah diluahkan rasa sedih dipamerkan semua rasa telah menjadi satu.. diserahkan pada Yang Maha Kuasa..
Biar semua rasa dilepaskan Biar semua kesakitan dibawa pergi Biar yang tinggal hanya ketenangan Biar hati pasrah dengan segalanya..
diri ini akan kembali jua kepadaMU.. jangan lagi biarkan hati ini pergi jauh dariMU..
Andainya suatu saat aku akan dipanggil oleh Allah S.W.T. terlebih dahulu engkau doakan aku mati sebagai syuhada dijalan-Nya kerana itu adalah impian kita....
Dan yakinlha janji Allah itu pasti buat mereka yang ikhlas dalam perjuangan kerana-Nya dan doakan akulah INSAN YANG TERPILIH ALLAH ITU. semoga kita bersama sehingga kesyurgaa
Amin Ya Rabb...Ukhwah Fillah Abadan Abada...








Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepadakekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.
Cinta Bersedia
Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.